Dec 19, 2011

 

SALAM IMTIHAN DARI SAF KEPIMPINAN BKMIP 11/12


18 DISEMBER 2011, AHAD: BIRO & UNIT PENGETAHUAN & PENDIDIKAN BKMIP 11/12 Telah mengadakan Forum Motivasi Kecemerlangan sempena imtihan yang bakal tiba pada 8hb Januari 2012. Forum bermula pada jam 8 malam, Dengan pengendalian seorang modaretor & tiga orang ahli panel iaitu DR Amir Al-Amin B. Mustaff,Ust Abd Rahman B. Tharin & Ust Syeikh Muhd Mujahid B. Sikh Nawawi .Forum bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat yang berasaskan kefahaman dalam berusaha kearah kecemerlangan,disamping mempunyai strategik kearah itu.Harapan semoga segala usaha yang telah dilaksanakan memperoleh nilai dan ganjaran daripada Allah S.w.t.Forum berakhir pada jam 11 malam.Pengisi & Seluruh hadirin dijamukan dengan sedikit jamuan dan bersurai.
Share:

Dec 18, 2011

 


Harapan Biro/unit Pengetahuan & Pendidikan Bkmip dalam kempen ini ialah semoga kejayaan dan matlamat yang diimpikan semua dapat dicapai dengan jayanya .
Share:

Dec 17, 2011

 

Permergian Seorang Ulama' Al-Azhar


KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Syeikh Imad Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telahkembali ke rahmatullah hari ini.

Pemergiannya begitu dirasai kerana kesungguhan beliau dalam menyampaikan ilmu tidak pernah terhentisehinggalah dijemput bertemu Allah SWT.
Ketokohannya dalam menjadi salah seorang tenaga fatwa bukan penghalang baginya untuk meneruskan perjuanganmencurahkan ilmu kepada anak bangsa sehinggakan beliau terus disegani.
" Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua penuntut-penuntutnya dimanfaatkan sebaiknya dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini sekaligus mengamalkan Islam dengan sempurna" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber: PMRAM
Share: