Dec 17, 2011

Permergian Seorang Ulama' Al-Azhar


KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Syeikh Imad Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telahkembali ke rahmatullah hari ini.

Pemergiannya begitu dirasai kerana kesungguhan beliau dalam menyampaikan ilmu tidak pernah terhentisehinggalah dijemput bertemu Allah SWT.
Ketokohannya dalam menjadi salah seorang tenaga fatwa bukan penghalang baginya untuk meneruskan perjuanganmencurahkan ilmu kepada anak bangsa sehinggakan beliau terus disegani.
" Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua penuntut-penuntutnya dimanfaatkan sebaiknya dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini sekaligus mengamalkan Islam dengan sempurna" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber: PMRAM

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita