Jan 23, 2012

 

Urusan Visa: PMRAM Prihatin

KAHERAH, 22 Jan - Berikutan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi Malaysia sewaktu berurusan di pejabat imigresen Mesir untuk memperbaharui tempoh visa belajar, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) telah melakukan perbincangan bagi menyelesaikan masalah ini.

Demikian itu, masalah yang berlaku disebabkan pihak imigresen Mesir menetapkan dalam tempoh seminggu hanya satu hari sahaja untuk warganegara Malaysia memperbaharui visa, lantas mengakibatkan berlaku deretan panjang semasa berurusan pada hari tersebut.

Berhubung kesulitan ini, satu bancian akan dibuat di peringkat PMRAM untuk mengumpul maklumat penuh berkaitan bilangan mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat tempoh visa mereka. Maklumat yang diperlukan seperti di bawah:

1. Nama penuh
2. Nombor passport
3. Tempoh tamat visa

Bancian ini akan dijalankan selama lima hari yang bermula pada hari esok, 23 januari 2012 sehinggalah hari jumaat, 27 januari 2012.

Bagi memudahkan perjalanan dan perincian bancian ini, pihak PMRAM mengharapkan kerjasama daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk memberikan maklumat yang diperlukan dengan merujuk terus kepada unit kebajikan di peringkat BKAN masing-masing supaya tindakan susulan dapat dilaksanakan segera oleh PMRAM.

Justeru itu, "isu visa juga merupakan isu kebajikan yang berkait rapat dengan isu keselamatan. Tambahan lagi, ianya amat dititikberatkan oleh PMRAM. Oleh yang demikian, PMRAM sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar dapat mengatasi masalah yang berlaku dan komitmen kerjasama dari seluruh mahasiswa dan mahasiswi amat diharapkan," ujar Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.

(sumber PMRAM)
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.