Mar 12, 2012

 

Perasmian Penutupan NAFSAH'12

Semoga dengan perlaksanaan Program Nadwah Fiqh Khomsah ini dapat membantu diri kita untuk bersama-sama saling kuat menguatkan dalam setiap urusan.Pengamatan didalam ilmu ini merupakan suatu perkara yang patut diberi perhatian,mudah-mudahan segala amalan dan tindakan bertepatan dengan panduan syariat Allah s.w.t.Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang,Ajkt serta ahli-ahli yang turut serta didalam program ini.
Share:

Mar 10, 2012

 

3 TA'AKHI BERSATU


Berta'akhi mencerna pendapat bersama mempertahankan BKKIMM.
9 MAC 2012,ketiga-tiga BKAN ta'akhi,Pahang,Selangor dan Melaka masih dikurniakan
Kekuatan bersama-sama berkumpul untuk berkongsi dan mencerna pendapat.
Dalam kesibukan selaku kepimpinan,pengurusan masa merupakan suatu elemen penting untuk menjayakan sesuatu program.Alhamdulillah pada malam ini,dengan rahmat ilahi,perancangan yang selama ini dicetuskan telah dapat dilaksanakan.Ketiga-tiga BKAN ta'akhi berkumpul berbincang & berkongsi pendapat bagi mengkualitikan lagi segala perancangan di setiap BKAN ta'akhi. Majlis dimulakan dengan al-Fatihah,diteruskan dengan tazkirah daripada setiap biro dakwah BKAN ta'akhi.Setelah itu,diteruskan dengan sesi ta'aruf pengukuh ukhuwah & dilanjutkan lagi dengan perbincangan dan ucapan YDP setiap BKAN ta'akhi.Majlis disempurnakan dengan bacaan doa rabitah oleh biro dakwah Bkmip Ust Abdul Latiff bin Alias.Terakhirnya Ketiga-tiga BKAN Ta'akhi bersama-sama bergambar dan menjamu hidangan yang disediakan dan acara bersurai.
Share:

Mar 9, 2012

Mar 6, 2012

 

‎"Sembilan Mahasiswa Ditamatkan Pinjaman Yayasan Terengganu"

Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang melahirkan rasa dukacita & simpati terhadap tindakan yang diputuskan kepada sembilan mahasiswa KPPTM dengan surat yang bertarikh 20 Februari 2012 bertajuk “Penamatan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu” dikuatkuasa serta-merta.Tindakan pihak berwajib perlu lebih bijak,demi menjamin kesinambungan generasi pada masa hadapan terus wujud & Cemerlang.

"Satu Fikrah,Satu Amal"
"Belajar & Beramal"
Share:

Mar 1, 2012

 

KONVENSYEN KALI KE-4, ABADI'12

"Bentuk Wehdah,Jana Ummah"
Tema Konvensyen kali ke -4 DPM. Menuju Memori 20 Tahun DPM. Semoga,dengan kelansungan ahli Pahang kaherah mahupun Muhafazah,dapat mengukuhkan lagi ukhuwah & usaha sama kita bersama PMRAM bagi menerus & mempertahankan servival di DPM.

Share: