Apr 30, 2012

Apr 6, 2012

 

DI SEBALIK KISAH EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat
besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di
sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya
dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki
tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga
menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,"
tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu
berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku.
Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok
itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.
Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku
terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau
menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah.
Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan
pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun
tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu
tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok
epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main
dengan pokok epal itu.
Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. 
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. 
Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini
untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang
pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya
dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin
dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki
yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku
tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar
yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya
untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki
tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.



CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA
REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
TERSEBUT. 

SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI
DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. 
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. 
KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA 
UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, 
DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA 
DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP
KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU
HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI
MELAYAN IBU BAPA MEREKA.HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITAMENGHARGAI MEREKA SEMASA KITA MEMERLUKAN BANTUAN MEREKA SAHAJA . TAPI BERBAKTILAH KEPADA MEREKA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.
SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN
KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

"PERINGATAN BUATMU WAHAI ANAK-ANAK"
Share:

Apr 5, 2012

Apr 1, 2012

 

Perbaiki Bacaan Dan Hafalan Al-Quran

Ayuh perkasakan bacaan serta hafalan Al-Quran kita,semoga usaha bersama bertahsin Al-Quran ini dapat membantu memudahkan dan meningkatkan kualiti bacaan kita.Jangan sia-siakan peluang ini.

Biro pengetahuan dan pendidikan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang(BKMIP11/12)
Share: