May 22, 2012

 

Salam Rejab Dari BKMIP


Selamat Menyambut Bulan Rejab kepada Seluruh Mahasiswa/wi Islam di Perlembahan Nil daripada kami Ahli Jawatankuasa Tertinggi & Hewi Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang(BKMIP 11/12). Semoga diberkati & dikasihi Oleh Allah untuk sampai ke bulan Sya'ban & Ramadhan.
Share:
 

Selamat Datang Pegawai Baru

Ahlan Wasahlan kepada Ustaz Khairul Anuar Bin Abu Bakar ke Bumi Kinanah,yang selamat tiba pada jam 6.00 a.m. BKMIP mengalu-alukan kedatangan Ustaz Khairul Anuar Bin Abu Bakar selaku pegawai baru di pejabat Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah.

Share:

May 11, 2012

 

MALAM SERIBU KENANGAN '12

Malam Seribu Kenangan '12 bersama Ust Ahmad Fared bin Mohd Din selaku Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang di Kaherah. Majlis diadakan bagi meraikan Al-Fadhil Ust Ahmad Fared & keluarga sebagai penghargaan sebelum keberangkatan pulang beliau pada 18hb May 2012.Semoga Allah sentiasa merahmati Ust Ahmad Fared sekeluarga.


Share:

May 1, 2012

 

MESRA BERSAMA BADAN PENGURUS & HEWI ANGKAT PMRAM CAWANGAN PAHANG '12

Pada 30hb April 2012,Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang telah mengadakan pertemuan mesra bersama Badan Pengurus & Hewi angkat PMRAM bagi cawangan Pahang sempena kenaikan baru kepimpinan PMRAM sesi 2012.Pertemuan mesra ini bertujuan
untuk membina kekuatan ukhuwah diantara Badan Pengurus & Hewi angkat PMRAM bersama BKAN angkat di PMRAM cawangan Pahang.Majlis yang beragendakan ta'aruf bersama kepimpinan angkat PMRAM pusat dengan kepimpinan PMRAM cawangan menghidupkan lagi suasana di pertemuan mesra ini.Majlis diteruskan dengan sembang mesra bertanyakan serta berkongsi tip-tip persedian terbaik untuk imtihan disamping sedikit taujihad daripada Badan Pengurus & Hewi angkat PMRAM cawangan Pahang.Majlis akhirnya diteruskan dengan doa dan sedikit jamuan.
Share: