Aug 30, 2012

 

KENYATAAN RASMI YDP BKMIP TERHADAP ISU DI BKPJM


Assalamualaikum  wbt…
Firman Allah S.W.T
öqs9 tb%x. $ZÊ{tã $Y7ƒÌs% #\xÿyur #YϹ$s% x8qãèt7¨?^w .`Å3»s9ur ôNyãèt/ ãNÍköŽn=tã èp¤)±9$# 4 šcqàÿÎ=ósuyur «!$$Î/ Èqs9 $oY÷èsÜtFó$# $uZô_tsƒm: öNä3yètB tbqä3Î=ökç öNåk|¦àÿRr& ª!$#ur ãNn=÷ètƒ öNåk¨XÎ) tbqç/É»s3s9 ÇÍËÈ  
42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekalian alam, yang menjadikan seluruh alam dipenuhi dengan makhluk-makhluk ciptaanNYA, yang menguasai seluruh penguasaan tidak kira di bumi dan di langit, yang membolak balikkan hati-hati manusia dari merasai keraguan beriman denganNYA serta selawat dan salam ke atas Junjungan besar kekasih Allah SWT Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat, ahli keluarga baginda, para tabi` tabiin dan para pejuang agama Allah bermula dari zaman baginda sehinggalah hari mereka dihitung dan dikembalikan kepada Allah semula.
Dikesempatan kali ini, saya Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mewakili seluruh anak-anak Pahang yang berada di bumi Mesir ini menyatakan sokongan dan rasa prihatin di atas ujian dan musibah yang menimpa Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir dalam menangani isu yang berlaku di BKAN Johor. Sudah menjadi sunnahtullah dalam kita melaksanakan gerak kerja Islam pasti di sana adanya ujian, halangan, mehnah dan tribulasi.
Berdasarkan firman Allah SWT di atas bagaimana kita melihat kalaulah kebenaran yang dibawa itu perjalanannya dekat dan sudah pasti ramai yang mengikutinya akan tetapi perjalanan itu menjadikan ianya sangat jauh dan berliku-liku. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir supaya terus bersabar di atas ujian yang menimpa kalian. Pastinya Allah SWT akan memberi ganjaran kepada golongan mereka yang terus bersabar dalam menimpa ujian.

Ahli-ahli BKMIP yang dikasihi sekalian,
Kita melihat kepada isu yang berlaku di BKAN Johor, pastinya ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui, buat-buat tidak tahu, tidak ambil peduli, sekilas pandang, tidak merasakan kepentingan mengetahui isu-isu yang berlaku di sekeliling kita dan sebagainya adalah satu perkara yang tidak baik, namun untuk pengetahuan kita tentang isu yang berlaku di BKAN Johor iaitu :
1 ) ISU ARAHAN KOSONGKAN PEJABAT      
2 ) ISU PINTU `SUKA HATI`
3 ) ISU KEHILANGAN CARTA ORGANISASI
4 ) ISU KEBAJIKAN DAN PENGGUNAAN DEWAN
Saya bagi pihak seluruh ahli Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang merasa kecewa dan kesal di atas tindakan yang di lakukan oleh pihak-pihak tertentu khususnya kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor kepada BKAN Johor.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua ahli BKAN Pahang mengambil cakna dan mendoakan pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini supaya bersikap terbuka dan memohon maaf kepada pihak BKPJM. 
Sekian….
MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN
BELAJAR DAN BERAMAL

FAIZAL A.ZUBIR BIN ZAILANI
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang
Sesi 2011/2012
Share:

Aug 18, 2012