About

Photobucket

Sep 11, 2012

SOKONG PEGAWAI JOHOR BERTEMU PMRAM.





Assalamualaikum  wbt…
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekalian alam, yang menjadikan seluruh alam dipenuhi dengan makhluk-makhluk ciptaanNYA, yang menguasai seluruh penguasaan tidak kira di bumi dan di langit, yang membolak balikkan hati-hati manusia dari merasai keraguan beriman denganNYA serta selawat dan salam ke atas Junjungan besar kekasih Allah SWT Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat, ahli keluarga baginda, para tabi` tabiin dan para pejuang agama Allah bermula dari zaman baginda sehinggalah hari mereka dihitung dan dikembalikan kepada Allah semula.
Dikesempatan kali ini, saya Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mewakili seluruh anak-anak Pahang yang berada di bumi Mesir ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada pihak pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir untuk mengadakan pertemuan secara rasmi bersama dengan wakil daripada pihak Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi menyelesaikan isu yang berlaku kepada BKAN Johor sendiri. Sayugianya, sudah menjadi tanggungjawap kepada pihak PMRAM untuk turun bersama menyelesaikan masalah sebagai penaung kepada BKPJM.
Oleh yang demikian, isu ini wajarlah di ambil serius dan diselesaikan oleh pihak yang terbabit khususnya kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor. Saya bagi pihak seluruh ahli Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang merasa kecewa dan kesal di atas tindakan yang di lakukan oleh pihak Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor kepada BKAN Johor.
Oleh itu, saya sekali lagi mewakili suara anak-anak BKAN Pahang mendoakan pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini supaya bersikap terbuka dan memohon maaf kepada pihak BKPJM. 
Sekian….
MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN
BELAJAR DAN BERAMAL

FAIZAL A.ZUBIR BIN ZAILANI
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...