Oct 30, 2012

 

Senyuman Aidil Adha 1433 H



Kaherah, 30  Oktober  -  Badan  Kebajikan  Mahasiswa/wi  Islam  Pahang  (BKMIP) sesi  2012/2013 telah  menganjurkan sambutan  perayaan  Aidil  Adha  1433 H ataupun  singkatannya  UDHIYYAH 1433 H  yang  bertemakan  “Pengorbanan  Pencetus  Revolusi  Kecermelangan”. Program UDHIYYAH  1433 H  ini  telah  diketuai  oleh  Saudara  Sayyid  Bin  Syamil  Ramli  dan  dibantu oleh Saudari  Nurul  Athirah  Binti  Ahmad  Razimi  merangkap  Ketua  Biro  dan  Unit Kebudayaan, Keseniaan dan Sukan  BKMIP  sesi  2012/2013.
Persiapan  dan  perancangan  telah  berlangsung  dengan  dibantu  seramai  22  orang  ahli  jawatankuasa  pelaksana  dan  seluruh  warga  BKMIP. Program ini  telah  bermula  pada  26  Oktober  2012  bersamaan  10 Zulhijjah 1433 H, selesai  sahaja  solat  Aidil  Adha, suasana  gema  takbir  raya  dipecahkan  dengan  keriuhan ahli  BKMIP  yang  sibuk  meneruskan  agenda  penyembelihan  di  pagi raya.
 Pada  tahun  ini, BKMIP berjaya  mengorbankan  sebanyak  seekor  unta  dan  13  ekor  kambing. Proses  melapah  daging-daging  korban diteruskan  dengan  penuh  semangat  dari  ahli-ahli  BKMIP.
Pada  malam  tersebut  keriuhan  gema  takbir  yang  diketuai  oleh  barisan  Jawantakuasa  Tertinggi  BKMIP  dan  ahli  memecah  kesepian  Aidil  Adha  1433 H. Seterusnya, program  berlangsung  dengan  persembahan  qasidah  dari  kumpulan  Musytaqar  Rasul  dan  ucapan  Aidil  Adha dari  barisan  kepimpinan  BKMIP  2012/2013  dan  berakhir  dengan  jamuan.
Pada  keesokkan  harinya  program  UDHIYYAH  1433H  diteruskan  dengan  majlis  perasmian  pada  jam  8.30  pagi  dengan  dimulakan  ucapan  pengarah  program  Saudara  Sayyid  Syamil  Bin  Ramli. Seterusnya  majlis  diteruskan  dengan  ucapan  Yang  Di-Pertua  Badan  Kebajikan  Mahasiswa/wi  Islam  Pahang  sesi  2012/2013  dan  majlis dirasmikan  oleh  Pegawai  Atase  Pendidikan  Yayasan  Pahang, Ustaz  Khairul  Anuwar  Bin  Abu  Bakar.
Selesai  sahaja  majlis  perasmian, seterunya  berlangsung  majlis  pelancaran  unit-unit  di bawah  Biro  Dakwah  iaitu  Tanzim  Jabatan  Nuqaba’, Unit  Biah  Solehah, Unit Hisbah  dan   Unit  Bait  Muslim  dengan  dilancarkan  oleh  Badan  Pengurus  Persekutuan  Melayu  Republik  Arab  Mesir (PMRAM), Ustaz  Ahmad  Baihaki  Bin  Rashid  merangkap  Naib  Presiden  1  PMRAM  2012.
Majlis  diteruskan  dengan  beberapa  acara  seperti  persembahan nasyid, cabutan  bertuah, kuiz  dan  persembahan dari  barisan  kepimpinan  BKMIP  dan  jamuan  yang  istimewa. Pada  jam  4.30  petang, Program  UDHIYYAH  1433  H  berakhir  dengan  menggamit  memori  seluruh  ahli  BKMIP  menyambut  Aidil  Adha  di  perantauan.
Kejayaan  tidak  akan  dikecapi  tanpa  lahirnya  pengorbanan. Semoga  program  ini  dapat  menjadikan  satu  medan  untuk  memperkukuhkan  lagi  ukhuwah  antara  ahli  BKMIP  khususnya  dan  ahli  PMRAM amnya.
            
"Belajar Dan Beramal"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.