Apr 21, 2014

 

CORETAN PIMPINAN SESI 13/14

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadhrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat lagi laman sosial ini dapat kembali bergerak aktif semula. Dikesempatan yang dianugerahkan ini marilah kita menghayati kalam daripada pimpinan Badan kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Sesi 2013/2014.


" Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang lihatlah dia sewaktu dia sangat marah. Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya"
 متى أعطاك أشهدك بره ومتى منعك أشهدك قهر.فهو في كل ذلك متعرف اليك ومقبل بوجود لطفه عليك
 Manakala Allah memberimu anugerah, maka bererti Dia memperlihatkan belas kasihNya kepadamu, apabila Dia menahan pemberian untukmu, maka bererti Dia memperlihatkan kekuasaanNya kepadamu.Dan pada semua kondisi itu, Dia memperkenalkan diri kepadamu serta menghadapimu dengan kelembutanNya."

( Mohamad Hoiri Mohamad Morni - Yang Dipertua BKMIP 13/14)

" Mahasiswa/Pemuda,
Islam memandang posisi pemuda dalam masyarakat bukan menjadi golongan bersosial yang sekadar berfoya-foya , membunag waktu dengan aktiviti-aktiviti yang tidak ada manfaatnya.Sebaliknya Islam menaruh harapan yang besar kepada para pemuda untuk menjadi penggerak dakwah Islam. Pemuda adalah kelompok masyarakat yang memiliki berbagai kelebihan jika dibandingkan dengan kelompok masyarakat lainnya,antaranya adalah bahawa mereka relatif masih bersih dari pencemaran(aqidah dan pemikiran),mereka memiliki semangat yang kuat dan kemampuan yang tinggi .

 Para musuh Islam telah menyedari perkara tersebut sehingga mereka berusaha sehabis daya untuk mematikan potensi dan momentum yang tersebut dari awalnya.Dengan ini,musuh Islam ingin menghancurkan para pemuda dengan berbagai kegiatan yang melalaikan,bahkan merosakkan.Lantaran pemuda haruslah mempersiapkan diri dan mempunyai sifat individu iaitu:

1) Akidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Sihat tubuh badan
4)Sangat menjaga masa
5) Luas pengetahuan
6) Akhlak yang mantap
7) Tersusun urusannya
8) Mampu berdikari
9) Melawan nafsu
10) Bermanfaat pada orang lain.
Dengan persiapan diri yang mantap mampu melahirkan generasi rabbani yang bergerak atas dasar kefahaman berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah."

(Muhamad Hariz bin Azimi - Timbalan setiausaha Agung)

" Setiap peradaban yang hebat, ternyata pemuda adalah tunjangnya. Hal ini dibuktikan dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW.Kita dapat lihat bagaimana Baginda telah membentuk individu-individu dengan peribadi yang mantap dan disegani dikalangan sahabat seperti Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan ramai lagi yang kemudiannya menjadi Qaedah Sulbah (tulang sulbi) kepada agama dan negara.

Sebagai Pemuda Agama, sunnah tarbiah inilah yang perlu kita terus hidupkan dan laksanakan.Namun mihnah dan tribulasi abad ini kian mencabar akibat revolusi ideologi yang kian tidak bertepi. Sedangkan yang bersunggah dan istiqamah dalam madrasah tarbiah sekalipun ada yang gugur saat ideologi-ideologi liar ini menerjah kotak minda apatah lagi para pemuda yang tidak pernah melalui proses tarbiah.

Oleh hal yang demikian, besarlah tanggungjawab kita untuk menyebarkan sunnah ini agar dapat kita bersama-sama walau di pelusuk dunia mana sekalipun menyatukan fikrah Islamiah yang benar mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. "Satu Fikrah Satu Amal". "

(Muhammad Firdaus bin Kamaruzaman -Biro Perhubungan,Sambutan & Rehlah)


" Apa yang tidak kita lakukan kesemuanya maka janganlah kita meninggalkan kesemuanya."

(Syahid Syamil bin Ramli - Bendahari BKMIP)


"Sahabat salah satu pengaruh hidup kita
 kenangan tercipta walau seketika.
 Sahabat sejati membuat kita terleka
Terbuai dalam kemanisan cinta Esa "

(Tahmiduddin bin Kamarolahsan-Biro Ekonomi)

"Think big, feel strong, and pray hard for deep heart."
Berpikirlah besar,jadilah kuat dan berdoalah dengan sungguh-sungguh hati yang terdalam.

(Muhamad Hidayat bin Hanafiah - Biro Perumahan dan Kebajikan)


سبح لله ما في السماوات والأرض

Indahnya Allah mencipta langit tanpa tiang yang menyokong,
dihiasi awan yang seakan 'candy cotton'..
namun disebalik 'candy cotton itu.. Allah telah himpunkan nikmat dan azab..
adakah kita pernah memikirkannya.

(Amir Nordin bin A.Rahim- Biro Dakwah)

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat lagi mengeratkan lagi ukhwwah yang telah terbina ini...







Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.