May 5, 2014

 

SALAM IMTIHAN


بسم الله الرحمن الرحيم

ِAssalamualaikum w.b.t

Musim imtihan bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Sebagai mahasiswa/wi yang menuntut ilmu di Bumi Anbiya' ini kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam mencedok ilmu disini. Hal ini kerana ilmu itu akan digunakan untuk disampaikan kepada generasi yang berada di tanah air kita kelak. 

Usaha yang bersungguh dan disertai pengorbanan mampu menghasilkan kejayaan (Charlie Finley)

Pujangga berkata bahawa kecemerlangan memerlukan pengorbanan. Lumrah kehidupan untuk mendapatkan sesuatu keberjayaan memerlukan pengorbanan.Dalam menuntut ilmu kita akan berkorban jiwa,masa dan harta untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Jikalau tidak masakan kita senang sahaja mendapatkannya.

Tidak dinafikan bahawa menjelang musim peperiksaan ini ada sahaja anasir-anasir yang mengganggu diri kita yang menyebabkan tidak bersemangat untuk belajar. Namun begitu masalah boleh kita atasi dengan mendekatkan diri dengan Allah ,banyakkan solat hajat ,qiamullail dan membaca al-quran . Dengan ini kita dapat membersihkan hati kita. Maka dengan itu akan memudahkan kita untuk  menghafal dan mengulangkaji pelajaran.

 Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada pelaku maksiat.
(Imam Syafie)

Semoga mahasiswa/wi dapat menjawab peperiksaan dengan baik . Jangan berputus asa walaupun kita merasakan diri kita tidak mampu.Cubalah sedaya upaya untuk meraih kecemerlangan. Ingatlah ibubapa kita di Malaysia.Kita juga perlu jelas akan tujuan datang menuntut ilmu di Bumi penuh barakah ini. Ikhlaskanlah niat kerana Allah.Insyaallah.

Semoga kita semua mendapat keberkatan ilmu.

Bittaufiq wannajah...

"Belajar dan Beramal" 

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

"Satu Fikrah Satu Amal"







Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.