Jun 25, 2014

 

Bila “media” berkuasa !

                Bila “media” berkuasa !


   Rata-rata manusia pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan media. Malah yang menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain juga menggunakan media yang dipanggil sebagai media elektronik. Apakah yang dimaksudkan dengan media elektronik? Media elektronik adalah suatu alat dalam menyampaikan pesanan atau maklumat dari suatu sumber kepada orang lain melalui alat-alat komunikasi seperti telefon,komputer riba,radio dan televisyen. Sebagaimana yang kita tahu, pasti ada unsur positif dan unsur negatif dalam sesuatu media itu sendiri. Persoalannya, sejauh mana manusia menjadikan media elektronik sebagai alat untuk faedah diri,masyarakat dan negara?

  Penggunaan sesuatu media elektronik itu sebenarnya bergantung pada setiap “jiwa” yang menggunakannya. Pada zaman “serba moden” ini, konsep media boleh dikatakan semakin meluas malah penggunanya bukan sahaja daripada kalangan remaja bahkan kanak-kanak dan orang tua juga sudah menjadi golongan pengguna yang boleh dikatakan aktif. Nah ! Begitu besarnya pengaruh dan kuasa media dalam mempengaruhi pemikiran manusia sehingga ada yag menjadikan media sebagai raja dalam kehidupannya.

  Tidak mustahil semakin hari semakin banyak aplikasi yang diwujudkan seperti facebook,whatsapp,wechat,instagram,telegram,twitter dan lain-lain kerana apa? Kerana media itu seolah-olah menjadi “santapan” bagi setiap manusia yang wujud pada hari ini. Penggunaan ini jika tidak dikawal pasti akan mendatangkan unsur negatif yang lebih besar berbanding dengan unsur positif.

 Antara unsur negatif yang boleh kita lihat bilamana kita leka menggunakannya adalah secara sedar ataupun tidak, berlakunya ikhtilat secara tidak syar’ie. Yang mana berhubungnya lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa wujudnya hal yang penting. Mungkin sesetengah orang menganggap ikhtilat itu cuma sesuatu yang remeh malah hanya dipandang enteng atau lebih tepat, dengan “sebelah mata”. Sedangkan berkali-kali kita mendengar firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 “Dan janganlah kamu mendekati zina...”. Maka sewajarnya kita tidak menjadikan media itu sebagai sesuatu yang membawa kita kepada zina dan juga kemurkaan Allah Taala.
 
 
 
 
  Selain itu, ada yang menggunakan media sehingga lalai dan gagal dalam menunaikan solat kerana bermain “game”. Jikalau difikirkan semula,betapa lemahnya kita dalam menangkis penarikan media yang mana kalau dilihat, media itu hanya sekecil cuma. Satu kerugian pada diri kita hari ini, apabila hanya membiarkan sifat mazmumah semakin menular dalam diri kita tanpa kita dapat ataupun mahu mengubahnya. Lihat sejenak, firman Allah Taala dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 “ ...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri..”. Sesungguhnya apa yang Allah katakan benar. Perubahan harus dimulai daripada sekarang ! Tinggalkan permainan dunia,dan solatlah di awal waktu.

  Sabda Rasulullah S.A.W, “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis,Allah melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita”.(hadis riwayat muslim:4925). Pengajaran yang terkandung dalam hadis tersebut sudah jelas dan terang. Sesungguhnya wanita itu adalah fitnah bagi kaum lelaki,tetapi pada zaman sekarang,berapa ramai wanita yang sudah mula berani “menonjolkan” dirinya dengan gaya-gaya yang menggoda dalam media sosial. Kata Al Habib Umar bin Hafidz, “wanita muslimah yang memperlihatkan kecantikannya dalam laman sosial itu sama saja ia menjual dirinya”. Wahai wanita, jagalah maruahmu,auratmu. Sesungguhnya seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah.

  Seperti mana yang kita tahu, kebanyakan media diasaskan oleh musuh kita sendiri iaitu Yahudi. Maka, janganlah kita menjayakan “permainan” atau matlamat  Yahudi dalam menghancurkan Islam. Oleh itu,jadikanlah media itu sebagai wasilah dalam menyebarkan dakwah, contohnya melalui penulisan di dalam blog ataupun menulis status-status yang dapat memberi manfaat dan menambahkan ilmu buat diri kita dan orang lain sama ada di facebook ataupun media sosial yang lain. Jangan biarkan dakwah itu terus “hanyut” disebabkan kelalaian dan keasyikan diri kita dalam melayani media sosial. Kita harus “cerdik” dalam menggunakan media sosial dan media elektronik yang mana kalau kita lihat dari aspek positif, ia dapat menjadi  medan yang terbaik untuk kita mencari,mengumpul,menyebar berkenaan dengan ilmu dan maklumat lain. 
   


"Belajar dan Beramal"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
 Unit Biah Solehah
Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang sesi 13/14



Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.