About

Photobucket

Jun 15, 2014

REJAB & SYAABAN

REJAB KEMBALI LAGI

“Ya Allah berilah kami keberkatan kepada Rejab dan Sya’ban dan jadikanlah kami berjumpa dengan Ramadhan.”Amin Ya Rabb

Rejab datang lagi, dan kerap kali perbincangan mengenai menambahkan amalan-amalan dalam bulan Rejab menjadi perdebatan dan kerap kali amalan puasa di bulan rejab dipertikaikan.
Benarkah bulan Rejab tidak ada keistimewaannya berbanding bulan-bulan lain dan mengatakannya mempunyai kelebihan akan jatuh sesat?

Firman Allah:Sesungguhnya bilangan bulan-bulan disisi allah ialah dua belas bulan ketentuan Allah (di Luh mahfuz) pada hari dia menjadikan langit-langit dan bumi,antaranya empat bulan haram.Itulah agama yang lurus,maka jangan kamu menzalimi diri kamu di dalamnya(bulan-bulan tersebut).Perangilah orang-orang kafir keseluruhannya sebagaimana mereka memerangi kamu keseluruhannya.Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertakwa.”

Menurut Imam al-Razi maksud al haram(samada bulan haram atau tempat haram)ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat,dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar.Manakala Imam al-Qurtubi menjelaskan Allah Taala mengkhususkan empat bulan dengan menyebutnya,dan melarang kezaliman dilakukan di dalam bulan-bulan ini adalah untuk memuliakan (bulan-bulan ini),walaupon kezaliman tersebut sememangnya dilarang setiap masa.

Subhanallah,Maha Suci Allah SWT ,penerangan oleh ulama-ulama menjelaskan bahawa menganggap amalan-amalan yang dilakukan lebih besar pahalanya dan bukanlah bid’ah.Allah meletakkan sebagai bulan istimewa, ia menunjukkan satu motivasi supaya umat islam  menambah amalan di bulan ini bersesuaian pahalanya berlipat kali ganda.

Sesungguhnya puasa sunat adalah digalakkan kerana ianya ketaatan yang Allah SWT dan Rasulnya menyukainya lebih-lebih lagi dalam bulan haram.Makruh berpuasa berterusan iatu berpuasa setahun selain hari raya kepada sesiapa yang ditakuti mendapat mudarat,atau menyebabkan hak yang wajib atau sunat terabai(kitab Riyadh al-Salihin)

Penerangan para ulama jelas menunjukkan bahawa menganggap bulan rejab sebagai bulan yang istimewa tidak ada cacat celanya berdasarkan al-Quran dan sunnah.Bahkan menganggap amalan-amalan yang dilakukan lebih besar  pahalanya juga adalah bersesuai dengan penafsiran ayat di atas dan bukanlah dari perbuatan bid’ah. Apabila Allah meletakkan sebagai bulan istimewa,ia muenunjukkan satu motivasi supaya umat islam menambahkan amalan dalam bulan ini bersesuaian pahalanya dilipatkali gandakan.Persoalan menambah amalan dalam bulan Rejab dan persoalan berpuasa padanya adalah permasalahan furu(cabang dalam agama).Ia tidak akan menjadikan seseorang itu sesat jika menolak atau menerimanya.Tidaklah dilarang atau disunatkan berpuasa rejab ‘kerana bulannya’,manakala puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain sebaliknya digalakkan.Dalam sunan Abi Daud,Rasullallah SAW menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram dan rejab adalah diantaranya.

Sempena kedatangan Ramadhan yang semakin hampir ini marilah kita motivasikan diri dengan menambah amalan-amalan.Selain itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan lain seperti solat sunat,sedekah dan sebagainya.Semoga kita sentiasa berada di dalam redha ilahi.





BULAN SYAABAN

Setelah bulan Rejab berlalu kini tiba pula bulan Syaaban,dimana terdapat juga keistimewaan tersendiri. Bulan ini juga adalah salah satu bulan yang diagungkan dalam Islam. Pada bulan Syaaban ini juga kita juga digalakkan untuk berpuasa .

Antara kelebihan berpuasa di bulan Syaaban adalah:

1.       Menurut Imam Nawawi,pada hari nisfu Sya’aban ( Hari ke lima belas) tahun kedua Hijriyah,telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam iaitu dari Masjid Al-Aqsa ke Ka’abah di Masjid Al-Haram.

2.       Berlakunya peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan terjadinya perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

3.       Bulan Syaaban adalah bulan dimana amalan hamba diangkat kepada Allah swt, bulan dimana merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan.

Usamah bin Zaid ada berkata bahawa Nabi Saw telah ditanya oleh seorang sahabat : Ya Rasullullah! Aku tidak melihat engkau banyak  berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Syaaban. Lalu Nabi SAW bersabda : Inilah bulan yang mana ramai orang melupainya yang berada diantara Bulan Rejab dan Ramadhan .Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah.Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa.”(Riwayat Nasai)

Dari Aisyah Ra berkata tiadalah bulan yang banyak Rasulullah SAW berpuasa melainkan bulan Syaaban”.(Hadis Riwayat Bukhari ,Muslim,Abu Daud ,Termizi dan Nasai)

Terdapat juga beberapa amalan lain yang digalakkan di bulan Syaaban:

Menjaga solat lima waktu berjemaah

Dari Ibnu Umar bahawa Rasul Saw telah bersabda yang bermaksud:
“Solat berjemaah lebih utama berbandimg solat berseorangan sebanyak 27 kali darjat” (Muttafuqun alaih)

Membaca quran,mengkhatam,menghafaz dan mengulangkaji.

Menghidupkan qiamullail.

Menghubungkan silaturrahim

Sempena kedatangan Ramadhan yang semakin hampir ini marilah kita motivasikan diri dengan menambah amalan-amalan.sunat ini .Disamping itu, dengan melakukan amalan-amalan sunat ini juga secara tak langsung dapat membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak.Semoga amalan amalan kita diterima oleh Allah SWT. .Semoga kita sentiasa berada di dalam redha Ilahi.
 Selamat beramal.

"Belajar dan Beramal"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"







No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...