Aug 5, 2014

 

IHTIRAM 14

              Setiap kali tiba bulan Ramadhan akan diadakan sebuah program yang dinamakan Ihya Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM). Begitu juga dengan Ramadhan tahun ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun.

 Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang sesi 13/14 telah menyusun program IHTIRAM 14 dengan jayanya. Dimulai dengan perasmian program, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sehinggalah majlis penutup.

Pada 30 Jun 2014, perasmian program IHTIRAM 14.Perasmian ini dirasmikan oleh BP PMRAM Saudara Amar Arif bin Po'aad,Lajnah Penerangan dan Penerbitan PMRAM.

Ustaz Amar Arif b.Po'aad sedang merasmikan program IHTIRAM 14 BKMIP

Penyampaian cenderahati oleh Ustaz Mohd Hoiri bin Mohd Morni ,YDP BKMIP sessi 13/14
kepada perasmi.



Al Fadhil Ustaz Muhamad Hakimi bin Husain sedang memberi penerangan tentang tahnik dan aqiqah di Bengkel Tahnik dan Aqiqah


Sekitar Bengkel Tahnik dan Aqiqah... 

Pengarah IHTIRAM 14 Ustaz Rozaimy menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Muhamad Hakimi





Peserta sedang membuat praktikal tentang pengurusan jenazah..








Senarai aktiviti-aktiviti  sepanjang program Ihtiram 14 BKMIP

3 Julai - Bengkel Tahnik dan Aqiqah
5 Julai - Kursus Percussion Akhawat
7 Julai - Kursus Pengurusan Jenazah
10 Julai - Kursus Adobe Photoshop
11 Julai -Diskusi Kitab Adab Pertunangan dan Perkahwinan (Kuliah Dhuha Akhawat)
13 Julai - Kursus  Sony Vegas Pro
17 Julai -  Iftar Jamaie dan Talk Show  tentang Ramadhan di Gaza
25 Julai - Ribat Ramadhan
27 Julai - Penutup IHTIRAM 14
Sepanjang Ramadhan - Tadarus Al-Quran

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun yang lepas.

'Belajar dan beramal'

'Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan'







Share: