About

Photobucket

Nov 3, 2014

KETUPAT '14

    Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Illahi kerna dengan rahmatNya dapat lagi kita bernafas di dunia ini dan masih lagi merasai nikmat iman dan islam. Alhamdulillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad S.A.W.

Pada 29 Julai 2014 bersamaan 2 Syawal 1435H, Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang 2013/2014 telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang bertempat di Dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud Asrama Inderapura, Hayyu Asyir, Pahang.

   “Kemeriahan Aidilfitri di Perantauan KETUPAT’14 adalah nama rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini dengan bertemakan Keakraban Tertaut Pemangkin Akhlak Terpuji”. Objektif KETUPAT’14 ini adalah meraikan dan menyambut Aidilfitri bersama anak-anak Pahang di seluruh Perlembahan Nil ini. Selain itu, untuk mengeratkan silaturahim sesama anak-anak Pahang dan menjadikan Kaherah sebagai kampung halaman. Objektif utama KETUPAT’14 ini adalah memperanankan pimpinan dan ahli dalam membentuk kesatuan BKMIP.

    KETUPAT’14 ini telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari ahli BKMIP itu sendiri dan anak-anak Pahang di Mesir.

    KETUPAT’14 dimulakan dengan dendangan Qasidah memuji Baginda(SAW) dari kumpulan Musytaqur Rasul. Selepas itu, KETUPAT’14 diteruskan lagi dengan Majlis Pembukaan dan Perasmian. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis. Seterusnya,ucapan dari pengarah KETUPAT’14 Ustaz Mohammad Hidayat Bin Mohamad Nafiah dan ucapan dari YDP BKMIP Ustaz Mohamad Hoiri Bin Morni serta ucapan dari perasmi program Ustaz Hanifulfuad Bin Hussin selaku Persiden PMRAM 2014. Majlis Perasmian diserikan lagi dengan gimik perasmian dari perasmi program dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada beliau.

   Seterusnya, pada jam 11.00 pagi bermulanya jamuan hari raya dan pelbagai juadah yang menarik disediakan oleh pihak KETUPAT’14 kepada para tetamu yang hadir. Sewaktu para tetamu menjamu selera, KETUPAT’14 diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Syabab Makmur dan persembahan nasyid dari JKT BKMIP serta majlis diselangi dengan cabutan bertuah dan kuiz raya yang dikendalikan oleh unit pengisian KETUPAT’14.

         KETUPAT’14 ini dihadiri oleh Badan Pengurus PMRAM, HEWI PMRAM, YDP dan YDPAH setiap BKAN.

KETUPAT’14 berhenti sebentar dengan solat zohor secara berjemaah. Seterusnya,diteruskan dengan celoteh dari DJ Raya yang membacakan ucapan hari raya daripada para tetamu dan diselangi dengan lagu hari raya. KETUPAT’14 berakhir pada jam 4.00 petang.


      Akhirnya, pihak Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang 2013/2014 berharap agar KETUPAT’14 mencapai objektif yang telah digariskan.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"BELAJAR DAN BERAMAL"


Foto-foto KETUPAT '14
















No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...