Dec 11, 2015

 

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT OPERASI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I ISLAM PAHANG

KENYATAAN RASMI YANG DI-PERTUA BKMIP SESI 2015/2016


بسم الله الرحمن الرحيم
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT OPERASI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I ISLAM PAHANG (BKMIP)

10 DISEMBER 2015

Adalah dimaklumkan bahawa pusat operasi BKMIP akan berpindah secara rasmi pada Hari Sabtu, tanggal 12 Disember 2015, dari Kompleks Asrama Indera Mahkota di Hayyu Asyir ke Wisma Pahang di Hayyu Sabie.

Sehubungan itu, pihak BKMIP menyeru kepada semua ahli BKMIP agar sama-sama turun bagi membantu proses perpindahan tersebut. Seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Yang Di-Pertua BKMIP saudara Amir Nordin Bin A. Rahim di talian +201117036109 atau Naib Pengerusi HEWI saudari Nur Ateyya Nuha Binti Azri di talian +201123685371.

Semoga dengan pertukaran pusat operasi ini dapat meningkatkan lagi prestasi BKMIP dalam menjaga kebajikan ahli BKMIP di bumi Mesir.

“Ukhuwah disemat, Islam dimartabat” “Belajar dan Beramal”
Yang menjalankan amanah,
AMIR NORDIN BIN A.RAHIM YANG DI-PERTUA BKMIP SESI 2015/2016




Share:

Nov 9, 2015

 

PAHANG SUPER CUP 2.0

Pada 6 dan 7 Oktober, telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Pahang Super Cup yang bertempat di Nadi Syabab, Musallas. Kejohanan futsal ini disertai oleh 13 pasukan. Kayu FC telah berjaya meraih tempat pertama manakala tempat kedua pula jatuh kepada Melaka FC dan tempat ketiga dimenangi oleh Aden Hayes FC. Akmal Hasif telah dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala penjaring terbanyak pula dirangkul oleh Syifaq dari muhafazah Shoubra.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyumbang bagi kejohanan ini iaitu Kafe Indera Mahkota dan tidak dilupakan AJK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Moga-moga dengan kejohanan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang ini dapat mengeratkan ukhuwwah seluruh anak Pahang khususnya dan pelajar Malaysia di Mesir amnya. 


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Teguh Keimanan Tunjang Kesatuan"




Share:
 

Kejohanan Ping Pong BKMIP 2015

Tempat            : Surau Wisma MUIP Hayyu Sabie
Tarikh              : 5 September 2015
Masa                : 9.15 Pagi
Penyertaan       : 6 kumpulan


Pada 5 September 2015 telah berlangsung Kejohanan Ping Pong BKMIP yang berlangsung di Surau Wisma MUIP Hayyu Sabie. Kejohanan bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 6.15 petang. Kejohanan ini telah dijuarai oleh kumpulan Asyir Crew. Tempat kedua dimenangi oleh Wisma Club dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Ukhuwwah Ketat. Moga-moga kejohanan ini dapat mencapai objektif utama iaitu meribat kesatuan ahli. 

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Teguh Keimanan Tunjang Kesatuan"




Share:

Nov 8, 2015

 

SEMPERIT '15

Nama program  : Semarakkan Ukhuwwah Di Perantauan (Semperit)
Tarikh               : 18 Julai 2015
Hari                   : Sabtu
Tempat              : Surau Wisma Muip, Hayyu Sabik

Pada 3 Syawal 1436H telah berlangsung program Semperit (Semarakkan Aidilfitri Di Perantauan). Program ini bertemakan "Jauh di Mata Dekat di Hati". Dalam menyambut hari kemenangan hati tetap terasa bahagia dan gembira dek kerana ukhuwah yang terbina meskipun mahasiswa/wi tidak pulang bercuti ke tanah air. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disajikan oleh jawatankuasa pelaksana Semperit antaranya pertandingan pakaian tercantik (pakaian melayu tradisional), pertandingan kuih raya, cabutan bertuah dan banyak lagi. Moga-moga Eidulfitri ini memberi seribu satu makna kepada kita setelah menempuh madrasah Ramadhan.

"Jauh di Mata Dekat di Hati"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Teguh Keimanan Tunjang Kesatuan"













Share:
 

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

Nama program                 : Bengkel Abobe Photoshop
Tempat                             : Surau Wisma MUIP Hayyu Sabie
Tarikh                               : 11 Mac 2015
Masa                                 : 8.30 malam – 10.30 malam
Pengisi                              : Ustaz Ahmad Zakiyuddin bin Halimudin
        (Biro Penerangan Dan Penerbitan BKMIP sesi 2015)
Bilangan peserta               :18 orang
Bayaran pendaftaran        : LE 5 seorang

Pada 11 Mac 2015, Biro/Unit Penerangan dan Penerbitan telah mengadakan Bengkel Adobe Photoshop yang bertempat di Surau Wisma MUIP Hayyu Sabie bermula jam 8.30 malam sehingga 11 malam. Antara pengisian sepanjang bengkel ialah pembentangan kertas kerja asas Adobe Photoshop, stamp tool, penggunaan font dan cara menginstall font. Peserta yang berdaftar adalah seramai 18 orang (7 Ikhwah 11 Akhawat), dan beberapa peserta tidak berdaftar atas faktor kelewatan.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Teguh Keimanan Tunjang Kesatuan"




Share: