Nov 9, 2015

PAHANG SUPER CUP 2.0

Pada 6 dan 7 Oktober, telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Pahang Super Cup yang bertempat di Nadi Syabab, Musallas. Kejohanan futsal ini disertai oleh 13 pasukan. Kayu FC telah berjaya meraih tempat pertama manakala tempat kedua pula jatuh kepada Melaka FC dan tempat ketiga dimenangi oleh Aden Hayes FC. Akmal Hasif telah dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala penjaring terbanyak pula dirangkul oleh Syifaq dari muhafazah Shoubra.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyumbang bagi kejohanan ini iaitu Kafe Indera Mahkota dan tidak dilupakan AJK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Moga-moga dengan kejohanan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang ini dapat mengeratkan ukhuwwah seluruh anak Pahang khususnya dan pelajar Malaysia di Mesir amnya. 


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Teguh Keimanan Tunjang Kesatuan"




No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita