Dec 11, 2015

 

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT OPERASI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I ISLAM PAHANG

KENYATAAN RASMI YANG DI-PERTUA BKMIP SESI 2015/2016


بسم الله الرحمن الرحيم
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT OPERASI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I ISLAM PAHANG (BKMIP)

10 DISEMBER 2015

Adalah dimaklumkan bahawa pusat operasi BKMIP akan berpindah secara rasmi pada Hari Sabtu, tanggal 12 Disember 2015, dari Kompleks Asrama Indera Mahkota di Hayyu Asyir ke Wisma Pahang di Hayyu Sabie.

Sehubungan itu, pihak BKMIP menyeru kepada semua ahli BKMIP agar sama-sama turun bagi membantu proses perpindahan tersebut. Seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Yang Di-Pertua BKMIP saudara Amir Nordin Bin A. Rahim di talian +201117036109 atau Naib Pengerusi HEWI saudari Nur Ateyya Nuha Binti Azri di talian +201123685371.

Semoga dengan pertukaran pusat operasi ini dapat meningkatkan lagi prestasi BKMIP dalam menjaga kebajikan ahli BKMIP di bumi Mesir.

“Ukhuwah disemat, Islam dimartabat” “Belajar dan Beramal”
Yang menjalankan amanah,
AMIR NORDIN BIN A.RAHIM YANG DI-PERTUA BKMIP SESI 2015/2016




Share: