Jan 20, 2016

 

KENYATAAN YDP BKMIP TERHADAP ISU BKPJM

Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) melahirkan rasa kesal berkenaan tindakan terhadap Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) pada tarikh 18 Januari 2016 yang lalu. Seluruh kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang membantah sekeras-kerasnya kezaliman yang dilakukan terhadap BKPJM. Hal ini kerana, bercanggah dengan akhlak Islam. Tambahan pula, kita selaku muslim yang beriman kepada Allah S.W.T tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut kerana ia merupakan sifat yang dikutuk oleh Allah. Firman Allah : وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ وَيَقُولُ ٱلْأَشْهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُوا۟ عَلَىٰ رَبِّهِمْ ۚ أَلَا لَعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ Ertinya : Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim. (Surah Hud : 11) Oleh itu, saya mewakili kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2015/2016 mendesak kepada pihak yang berkenaan untuk memohon maaf atas kezaliman yang dilakukan dan mengemukakan sebab kukuh atas tindakan tersebut. Berhubung kenyataan terbaru Bendahari BKPJM saudara Muhammad Shaker Naim, pihak berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar ganti rugi atas setiap kerosakan yang membabitkan aset BKPJM. Sehubungan dengan itu,saya mengajak kepada seluruh mahasiswa mahasiswi di Mesir khususnya ahli BKMIP untuk kita sama-sama menyatakan solidariti kita bersama BKPJM dalam mempertahankan hak mereka yang dinafikan. Berdasarkan firman Allah: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ [Al-Baqarah : 186] Saya juga menyeru kepada semua untuk kita bermunajat kepada Allah S.W.T, semoga diberikan pertolongan dalam menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku. "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Amir Nordin Bin A.Rahim Yang Di-Pertua, Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) Sesi 2015/2016



Share:

Jan 4, 2016

 

MAJLIS MAULIDUR RASUL & TAUSIAH IMTIHAN

24 December 2015 - Hayyu Sabie' : Biro/Unit Dakwah Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) sesi 2015/2016 telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul & Tausiah Imtihan bersama Fadhilatus Sheikh Saad Saad Rizq Jawish (Pensyarah di Jabatan Hadith Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah) bertempat di Wisma MUIP, Hayyu Sabie'. Majlis diserikan dengan alunan qasidah daripada kumpulan Mushtaq Al-Rasul. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Maulidur Rasul beserta Tausiah Imtihan daripada Fadhilatus Sheikh Saad Saad Rizq Jawish. Kira-kira hampir 150 orang yang hadir pada malam tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperingati hari kebesaran baginda Nabi Muhammad S.A.W di samping memberi semangat dan motivasi kepada seluruh mahasiswa mahasiswi khususnya anak-anak Pahang di Bumi Kinanah ini yang bakal menghadapi Imtihan Fasa 1. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Fadhilatus Sheikh Saad Saad Ziqh Jawish oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Ustaz Khairul Annam Bin Yazid dan diiringi oleh Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016, Ustaz Amir Nordin Bin A Rahim dan sedikit jamuan ringan. "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu








Share: