Feb 18, 2016

 

REHLAH SYITAIYYAH (REST'16)

17 februari 2016 - Kaherah : Telah berlangsung Rehlah Syitaiyyah 2016 (REST '16) bagi peringkat akhawat ke Dumyat pada 13 Februari yang lalu. Dumyat adalah salah sebuah negeri yang berada di dalam Mesir,kota ini terletak di Laut Tengah ,di Muara Delta Nil sekitar 191 km di utara Kaherah. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan antaranya bermain galah panjang, bola beracun dan larian baton. Selepas selesai bermain aktiviti pantai yang telah disusun oleh Ajk Pelaksana Rehlah, program diteruskan dengan aktiviti bebas sebelum berangkat ke Ra'sul Bahr. Perjalanan diteruskan lagi ke Ra'sul Bahr. Setibanya di sana, sesi penerangan mengenai sejarah Ra'sul Bahr telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Muzakkir Ahlami bin Abdul Aziz. Selepas itu, Port Saied menjadi tempat persinggahan peserta Rest'16 sebelum berangkat pulang ke Kaherah. Majlis Penutup disempurnakan oleh Naib Pengerusi HEWI, Ustazah Nur Ateyya Nuha Binti Azri sekaligus menyampaikan hadiah saguhati kepada para pemenang setiap aktiviti yang dipertandingkan. Semoga para peserta dapat mengambil ibrah sepanjang perjalanan yang telah disusun oleh pihak BKMIP dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi ukhuwah antara pimpinan dan ahli. "Ukhuwah Dicipta Kasih Terpelihara" "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu












Share:

Feb 14, 2016

 

BENGKEL ADOBE SIRI 1



6 Februari 2016 - KAHERAH : Telah berlangsung Bengkel Adobe Photoshop Siri Pertama anjuran Biro/Unit Penerangan & Penerbitan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016 pada hari Sabtu bertempat di surau Wisma Pahang. Seramai 33 peserta yang terdiri daripada 16 lelaki dan 17 perempuan telah menghadiri program tersebut yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Zakiyuddin Bin Halimudin. Antara mereka yang menyertai bengkel ini adalah dari Negeri Pahang, Johor dan Perak. Pengisi mengingatkan para peserta bahawa bengkel ini merupakan salah satu majlis dari majlis-majlis ilmu. Bengkel ini bertujuan untuk melatih para daie agar mahir akan ilmu multimedia,hal ini kerana ramai masyarakat beranggapan bahawa para daie mahir dalam bidang agama,dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti profesional.

Selain itu, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan kepimpinan BKMIP, serta memberi pendedahan kepada ahli akan keperluan menyampaikan dakwah melalui medium ICT.

Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat mengasah bakat peserta sekaligus melahirkan tenaga yang berkemahiran dalam bidang multimedia bertepatan dengan arus modenisasi masa kini.

"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BersamaBersatu











Share: