Feb 14, 2016

BENGKEL ADOBE SIRI 1



6 Februari 2016 - KAHERAH : Telah berlangsung Bengkel Adobe Photoshop Siri Pertama anjuran Biro/Unit Penerangan & Penerbitan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016 pada hari Sabtu bertempat di surau Wisma Pahang. Seramai 33 peserta yang terdiri daripada 16 lelaki dan 17 perempuan telah menghadiri program tersebut yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Zakiyuddin Bin Halimudin. Antara mereka yang menyertai bengkel ini adalah dari Negeri Pahang, Johor dan Perak. Pengisi mengingatkan para peserta bahawa bengkel ini merupakan salah satu majlis dari majlis-majlis ilmu. Bengkel ini bertujuan untuk melatih para daie agar mahir akan ilmu multimedia,hal ini kerana ramai masyarakat beranggapan bahawa para daie mahir dalam bidang agama,dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti profesional.

Selain itu, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan kepimpinan BKMIP, serta memberi pendedahan kepada ahli akan keperluan menyampaikan dakwah melalui medium ICT.

Semoga dengan adanya bengkel seperti ini dapat mengasah bakat peserta sekaligus melahirkan tenaga yang berkemahiran dalam bidang multimedia bertepatan dengan arus modenisasi masa kini.

"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BersamaBersatu











No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita