Mar 27, 2016

 

HANYA AOKME CINTA KOME SELAMANYA (HACKS '16)


22 Mac 2016 : KAHERAH - Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan program Hanya Aokme Cinta Kome Selamanya (HACKS) yang bertemakan " One Family One Heart " dan telah berlangsung pada 17, 19 & 20 Mac yang lalu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim mahasiswa & mahasiswi khususnya warga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) di Mesir.
Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut, antaranya Muhadharah Ilmiah yang telah disampaikan oleh Fadhilatus Sheikh Rifaat Fauzi bertempat di Wisma MUIP, Hayyu Sabie'. Selain itu, sukaneka diadakan bagi ikhwah bertempat di Hadiqah Lotus manakala explorace, dan aktiviti indoor bagi akhawat.
Acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup bagi Program Hanya Aokme Cinta Kome Selamanya pada 20 Mac 2016 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anam Bin Yazid ( Pegawai Majlis Ugama Dan Adat Resam Melayu Pahang ) serta diakhiri dengan persembahan dari setiap kumpulan Hanya Aokme Cinta Kome Selamanya.
Warga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program hari keluarga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang baru-baru ini. Semoga tautan ukhuwah yang terjalian diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Ameen.
"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BersamaBersatu





                          


























Share:

Mar 16, 2016

 

WE CARE

15 Mac 2016, Kaherah: Biro/Unit Perumahan & Kebajikan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan program "We Care" bertujuan untuk memberi penerangan kepada mahasiswa & mahasiswi berkaitan isu yang sedang berlaku khususnya di bumi Palestin, Syria dan Mesir.

Bilik pameran yang dikelolai oleh Team Peace Medic disediakan bagi para tetamu ikhwah dan akhawat yang hadir. Program diakhiri dengan perasmian dan pelancaran "Tabung Kemanusian" yang dilancarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anam Bin Yazid ( Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ). 

Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut. Semoga dengan adanya program tersebut, dapat memberikan kesedaran kepada kita untuk kita sama-sama membantu saudara mara kita yang ditindas khususnya di negara-negara yang berkaitan. 

"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" 
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

#BersamaBersatu



  


 



 


 


 







Share:

Mar 10, 2016

 

EKSPO TOK GAJAH 2016


24 Februari 2016 - Kaherah : Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan Ekspo Tok Gajah bagi sesi 2015/2016 dan telah berlangsung pada 20-22 Februari 2016 yang lalu bertempat di Wisma Pahang Hayyu Sabie', Kaherah. Antara tujuan diadakan program tersebut adalah untuk meribatkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tidak kira dalam apa jua bidang pengajian serta dapat menjana pendapatan mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai gerai yang disediakan di Ekspo Tok Gajah khususnya anak-anak Pahang di Mesir. Pelbagai juadah yang disediakan oleh para peniaga untuk tetamu yang hadir dengan harga yang berpatutan antaranya ikan bakar, tokayaki, roti jala, keropok lekor dan sebagainya. Program itu juga, diselangi dengan beberapa aktivi menarik antaranya teka teki dari DJ Ekspo Tok Gajah, balas pantun, Bacaan Al-Azkar, dan Tazkirah Maghrib Jemputan serta perbahasan ilmiah yang diundang khas dari Bkan Negeri Kelantan dan Perak. Dipenghujung program terebut, diadakan majlis perasmian dengan dimulakan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad Asyraf Bin Razali dan diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Rafaie Bin Abdul Aziz ( Pengarah Ekspo Tok Gajah BKMIP sesi 2015/2016 ), Ustaz Muhammad Shaufi Bin Abdul Sani ( Pemangku Yang Di-Pertua BKMIP Sesi 2015/2016 ) serta diteruskan dengan ucapan daripada perasmi program Ekspo Tok gajah iaitu Al-Fadhil Ustaz Khairul Anam Bin Yazid ( Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ). Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peniaga-peniaga yang telah memenangi dalam pertandingan yang dipertandingkan sepanjang program tersebut diadakan. Seluruh barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam pahang mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ekspo Tok Gajah pada kali ini dan tidak lupa juga kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga dengan kesudian tetamu yang hadir dapat meribatkan lagi ukhuwah diantara mahasiswa dan mahasiswi khususnya anak-anak Pahang di Bumi Mesir. "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu




                                     







                                          



Share:
 

KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)


Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan pada hari Ahad, 6 Mac 2016 di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek yang dipengerusikan oleh Saudara Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) adalah bertujuan membincangkan permasalahan dan menyusun aktiviti-aktiviti secara bersama. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut : 

1. Mesyuarat pada kali ini memfokuskan berkenaan usaha memperkasakan kesatuan antara BKAN-BKAN yang telah terjalin sejak sekian lama. Beberapa program anjuran bersama telah diadakan untuk mencapai objektif tersebut, antaranya Ifthor Jamaie 1436H, Solat Sunat Aidilfitri, Nadwah Thaqafiah 2015, dan yang terkini sedang berlangsung adalah Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH). 

2. Justeru bagi melancarkan gerak kerja secara bersama, YDP-YDP BKAN bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas yang bertanggungjawab menyelaraskan dan menguruskan aktiviti-aktiviti antara BKAN-BKAN agar lebih tersusun. 

3. Bentuk kerjasama antara BKAN-BKAN ini secara terperinci akan dirangka dan seterusnya dibentangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat YDP-YDP BKAN yang akan datang bagi proses saringan terakhir. Pemakluman secara terperinci kepada ahli akan dibuat pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 

Terima kasih.

 "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat"
 "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" 

#BersamaBersatu



Share: