Mar 10, 2016

 

EKSPO TOK GAJAH 2016


24 Februari 2016 - Kaherah : Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan Ekspo Tok Gajah bagi sesi 2015/2016 dan telah berlangsung pada 20-22 Februari 2016 yang lalu bertempat di Wisma Pahang Hayyu Sabie', Kaherah. Antara tujuan diadakan program tersebut adalah untuk meribatkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tidak kira dalam apa jua bidang pengajian serta dapat menjana pendapatan mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai gerai yang disediakan di Ekspo Tok Gajah khususnya anak-anak Pahang di Mesir. Pelbagai juadah yang disediakan oleh para peniaga untuk tetamu yang hadir dengan harga yang berpatutan antaranya ikan bakar, tokayaki, roti jala, keropok lekor dan sebagainya. Program itu juga, diselangi dengan beberapa aktivi menarik antaranya teka teki dari DJ Ekspo Tok Gajah, balas pantun, Bacaan Al-Azkar, dan Tazkirah Maghrib Jemputan serta perbahasan ilmiah yang diundang khas dari Bkan Negeri Kelantan dan Perak. Dipenghujung program terebut, diadakan majlis perasmian dengan dimulakan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad Asyraf Bin Razali dan diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Rafaie Bin Abdul Aziz ( Pengarah Ekspo Tok Gajah BKMIP sesi 2015/2016 ), Ustaz Muhammad Shaufi Bin Abdul Sani ( Pemangku Yang Di-Pertua BKMIP Sesi 2015/2016 ) serta diteruskan dengan ucapan daripada perasmi program Ekspo Tok gajah iaitu Al-Fadhil Ustaz Khairul Anam Bin Yazid ( Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ). Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peniaga-peniaga yang telah memenangi dalam pertandingan yang dipertandingkan sepanjang program tersebut diadakan. Seluruh barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam pahang mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ekspo Tok Gajah pada kali ini dan tidak lupa juga kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga dengan kesudian tetamu yang hadir dapat meribatkan lagi ukhuwah diantara mahasiswa dan mahasiswi khususnya anak-anak Pahang di Bumi Mesir. "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu




                                     







                                          



Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.