Apr 24, 2016

 

- (TIADA TERLAMBAT UNTUK BELAJAR) -


"Biodata Fadhilatul Shaykh Khalid al-Azhariy"

📜Nama:
🔎Abu al-Waleed Khaled bin Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad al-Azhari

📜Gelaran:
🔎al-Azhari
🔎 Waqqad( وقاد) kerana beliau bertugas sebagai penyala pelita
🔎 Zainuddin

📜Lahir:
🔍838H di Jarja, Mesir

📜Antara anak murid:
📿Ibnu Hajib al-Misriy
📿al-A'dhudi
📿Ahmad bin Yunos bin muhammad (Ibnu Syalbi)
📿Hadrun al-Maliki
📿Athiyyah ad-Dhorir
📿 Nuruddin al-Laqono
📿Ibnu Hilal an-Nahwi

📜Mazhab:
🔍Syafie

📜Wafat:
🔍14 Muharam 905H di Syibin Qanathir (luar dari Kaherah) ketika pulang dari ibadah haji

📜Antara karangan:
📚 Al-Alghazul an-Nahwiyyah

📚At-Tasrih Bi Madhmuni at-Taudhih

📚 Tamrinu at-Tullab fi Sinaa'ti al-I'rab

📚Az-Zubdah fi Syarhi al-Burdah

📚Al-Kawakib ad-Duriyyah fi Madhi Khairi al-Bariyyah

📚Syarhu al-Ajurumiyyah

📚Maushilu at-Tullab ila Qawaidi al-I'rab

📚 Muqaddimah al-Azhariyyah

📚Syarah Muqaddimah al-Azhariyyah

📚 I'rabu al-Ajurumiyyah

📚I'rabu al-Kafiyah

📚An-Nabil ila Nahwi at-Tashil

🖊Antara kisah menarik yang pernah diceritakan oleh Fadhilatus Shaykh Ali Jum’ah kepada anak muridnya adalah :-📖

"kisah Fadhilatul Ash-Shaykh Khalid Al-Azhariy"
(1434-1499m / 838-905h),

🔮berkaitan peristiwa yang mengubah kehidupannya sehingga menjadi seorang ulama’ besar dalam bidang Lughoh, terutamanya ilmu Nahu.

🔮Ash-Shaykh Khalid pada mulanya bekerja sebagai orang yang menyalakan pelita-pelita di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif. Ketika itu, masjid masih menggunakan lampu pelita bagi menerangi majlis-majlis ilmu di malam hari. Dengan tugasan tersebut, Ash-Shaykh mendapat upah 8 dirham sebulan yang digunakan Ash-Shaykh untuk menyara keluarganya.

🔮Pada suatu malam, ketika Ash-Shaykh sedang menjalankan tugas menyalakan pelita yang bergantungan di masjid tersebut, tanpa sengaja minyak yang digunakan Ash-Shaykh itu terjatuh keatas kitab milik salah seorang pelajar. Apabila pemilik buku tersebut melihat kerosakan pada kitabnya, dia menjadi sangat marah, lalu berkata ;

🖇“Sekiranya kamu ini seorang pelajar sudah tentu kamu akan tahu tentang betapa susahnya untuk menyiapkan muka surat yang telah engkau rosakkan ini disebabkan kecuaian kamu, wahai si jahil !!”

🔮Setelah berlaku demikian, Ash-Shaykh menangis disebabkan kata-kata pelajar tersebut. Maka, Ash-Shaykh pun pergi kepada ketuanya untuk meminta untuk mengalihkan namanya daripada senarai nama pekerja ke senarai nama pelajar.

Ketua tersebut berkata ;

🖇“ Wahai anakku, kamu diberi upah sebanyak 8 dirham untuk bekerja, kalau kamu ingin menjadi pelajar maka kamu hanya akan dapat 4 dirham sahaja.”

Dengan tegas, Ash-Shaykh berkata ;

🖇“Tidak mengapa, aku akan terima 4 dirham sahaja.”

🔮Lalu, Ash-Shaykh Khalid Al-Azhary mula belajar dalam keadaan buta huruf dan tidak tahu membaca. Pada mula belajar abjad-abjad, Ash-Shaykh ketika itu sudah pun berumur 36 tahun.

🔮Kesungguhan dan kerajinan beliau dalam menuntut ilmu, walaupun dalam usia yang sudah sedikit terlewat, telah menjadikan Ash-Shaykh sepertimana yang dikenali oleh para ulama’ disini yang menggelarkan beliau sebagai “Sibawaih pada zamannya”.

🔮Tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu dan tiada pengakhirannya, daripada buaian sehinggalah ke liang lahad.

رحمه الله تعالى..💚


Disediakan oleh,

Unit Penerbitan & Pengumpulan Maklumat
Biro/Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah
Badan Kebajikan Mahsiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016
Share:

Apr 22, 2016

 

[ ACTIVIST COUNCIL (DE COCCYX) ]


16 April 2016 : KAHERAH - Jabatan Setiausaha Agung Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016 telah mengadakan program Activist Council (De Coccyx) khusus kepada semua Ahli Jawatankuasa Biro dan Unit di bawah Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang yang bertempat di Surau Wisma MUIP, Hayyu Sabie'. Program ini bertujuan mengasah kemahiran pengurusan ajk-ajk bagi setiap biro bagi melancarkan segala gerak kerja pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua adhoc pelaksana serta semua peserta yang telah menjayakan sepanjang program tersebut berlangsung.
Semoga bermanfaat dan dapat diterjemahkan didalam kehidupan seharian.
"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BersamaBersatu












 





Share:

Apr 13, 2016

 

MUHASABAH NISFU SANAH (MANIS)

13 KAHERAH 2016 : Muhasabah Nisfu Sanah (MANIS) merupakan satu program yang bertujuan sebagai medan ahli melontarkan cadangan dan muhasabah untuk penambahbaikkan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. Disamping itu juga bertujuan mengeratkan ukhuwah diantara ahli Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang ( BKMIP ) dan pimpinan pada sesi kali ini. Oleh itu, Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga BKMIP yang telah menjayakan program ini. Semoga program tersebut membuahkan natijah yang terbaik khususnya warga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang di Mesir. " Muhasabah Bersama Inspirasi Kesatuan " "Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" #BersamaBersatu




























Share:
 

ISU DR ZAKIR NAIK

KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BKAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)

1. Berikutan isu provokasi terhadap Ceramah Dr. Zakir Naik yang bakal berlangsung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), kami Barisan Kepimpinan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir yang mewakili mahasiswa Islam di Mesir, kesal dengan tindakan tersebut.
2. Kredibiliti Dr. Zakir Naik sebagai pendakwah yang terkemuka dunia serta pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Antarabangsa itu perlu diberikan pengiktirafan penuh oleh pihak kerajaan Malaysia selaku negara yang mengamalkan keharmonian agama dalam masyarakat berbilang kaum. Sepanjang pengamatan umat Islam terhadap Dr. Zakir Naik dalam arena dakwahnya, belum pernah lagi beliau mencetuskan provokasi atau menghidupkan sentimen prejudis terhadap agama lain. Setiap hujjah yang beliau utarakan dalam ceramah-ceramah beliau adalah bertunjangkan kepada fakta yang tepat dan sahih daripada Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW, kitab-kitab sumawi yang lain serta fakta sains yang logik. Selaku tuan rumah, Malaysia seharusnya memanfaatkan kehadiran beliau dalam menyebarluaskan penerangan Islam diseluruh lapisan masyarakat bertepatan dengan agama Persekutuan tanah air kita adalah Islam. Disamping agama-agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing.
3. Kekesalan kami adalah terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, YB.Dr.Prof. P. Ramasamy yang telah mencetuskan provokasi antara kaum dan agama. Sepatutnya, beliau sebagai seorang pemimpin wajar menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan sesuatu tindakan dengan hujah dan juga nilai-nilai murni, bukan secara emosional dan menyemburkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan umat Islam. Sekiranya beliau ingin menyatakan pendapat, kami mengesyorkan agar beliau bertemu mata dengan Dr. Zakir Naik dan menyatakan ketidaksetujuan dalam hal ehwal perbandingan agama.
4. Justeru, kami Barisan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mewakili seluruh mahasiswa Islam di Mesir sepakat menyatakan solidariti terhadap Dr. Zakir Naik bagi membuktikan kesatuan umat Islam dalam mempertahankan aqidah Islamiah yang suci dan bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah kepada umat Islam yang lain.
5. Kami mengharapkan agar pihak kerajaan membuka peluang seluas-luas kepada pakar perbandingan agama ini untuk membuktikan kepada umat Islam dan bukan Islam akan kebenaran agama Islam dengan hujjah ilmiah dan adab demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
6. Kami juga berharap agar rakyat Malaysia sama ada muslim atau non-muslim bertenang dan cuba elakkan daripada mencetuskan provokasi dan menyemarakkan lagu api permusuhan antara agama.
7. Di samping itu, kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan yang menarik balik keputusan untuk membatalkan program tersebut. Program yang akan berlangsung di UTEM akan diteruskan namun ditukar kepada tajuk baharu. Dengan penganjuran program ini dapat menarik minat seluruh lapisan masyarakat dalam mengenali Islam dengan lebih dekat. Dalam masa yang sama, kami mengharapkan agar pihak kerajaan memohon maaf terhadap isu pembatalan tersebut.
Terima kasih.

"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Share: