Apr 24, 2016

 

- (TIADA TERLAMBAT UNTUK BELAJAR) -


"Biodata Fadhilatul Shaykh Khalid al-Azhariy"

📜Nama:
🔎Abu al-Waleed Khaled bin Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad al-Azhari

📜Gelaran:
🔎al-Azhari
🔎 Waqqad( وقاد) kerana beliau bertugas sebagai penyala pelita
🔎 Zainuddin

📜Lahir:
🔍838H di Jarja, Mesir

📜Antara anak murid:
📿Ibnu Hajib al-Misriy
📿al-A'dhudi
📿Ahmad bin Yunos bin muhammad (Ibnu Syalbi)
📿Hadrun al-Maliki
📿Athiyyah ad-Dhorir
📿 Nuruddin al-Laqono
📿Ibnu Hilal an-Nahwi

📜Mazhab:
🔍Syafie

📜Wafat:
🔍14 Muharam 905H di Syibin Qanathir (luar dari Kaherah) ketika pulang dari ibadah haji

📜Antara karangan:
📚 Al-Alghazul an-Nahwiyyah

📚At-Tasrih Bi Madhmuni at-Taudhih

📚 Tamrinu at-Tullab fi Sinaa'ti al-I'rab

📚Az-Zubdah fi Syarhi al-Burdah

📚Al-Kawakib ad-Duriyyah fi Madhi Khairi al-Bariyyah

📚Syarhu al-Ajurumiyyah

📚Maushilu at-Tullab ila Qawaidi al-I'rab

📚 Muqaddimah al-Azhariyyah

📚Syarah Muqaddimah al-Azhariyyah

📚 I'rabu al-Ajurumiyyah

📚I'rabu al-Kafiyah

📚An-Nabil ila Nahwi at-Tashil

🖊Antara kisah menarik yang pernah diceritakan oleh Fadhilatus Shaykh Ali Jum’ah kepada anak muridnya adalah :-📖

"kisah Fadhilatul Ash-Shaykh Khalid Al-Azhariy"
(1434-1499m / 838-905h),

🔮berkaitan peristiwa yang mengubah kehidupannya sehingga menjadi seorang ulama’ besar dalam bidang Lughoh, terutamanya ilmu Nahu.

🔮Ash-Shaykh Khalid pada mulanya bekerja sebagai orang yang menyalakan pelita-pelita di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif. Ketika itu, masjid masih menggunakan lampu pelita bagi menerangi majlis-majlis ilmu di malam hari. Dengan tugasan tersebut, Ash-Shaykh mendapat upah 8 dirham sebulan yang digunakan Ash-Shaykh untuk menyara keluarganya.

🔮Pada suatu malam, ketika Ash-Shaykh sedang menjalankan tugas menyalakan pelita yang bergantungan di masjid tersebut, tanpa sengaja minyak yang digunakan Ash-Shaykh itu terjatuh keatas kitab milik salah seorang pelajar. Apabila pemilik buku tersebut melihat kerosakan pada kitabnya, dia menjadi sangat marah, lalu berkata ;

🖇“Sekiranya kamu ini seorang pelajar sudah tentu kamu akan tahu tentang betapa susahnya untuk menyiapkan muka surat yang telah engkau rosakkan ini disebabkan kecuaian kamu, wahai si jahil !!”

🔮Setelah berlaku demikian, Ash-Shaykh menangis disebabkan kata-kata pelajar tersebut. Maka, Ash-Shaykh pun pergi kepada ketuanya untuk meminta untuk mengalihkan namanya daripada senarai nama pekerja ke senarai nama pelajar.

Ketua tersebut berkata ;

🖇“ Wahai anakku, kamu diberi upah sebanyak 8 dirham untuk bekerja, kalau kamu ingin menjadi pelajar maka kamu hanya akan dapat 4 dirham sahaja.”

Dengan tegas, Ash-Shaykh berkata ;

🖇“Tidak mengapa, aku akan terima 4 dirham sahaja.”

🔮Lalu, Ash-Shaykh Khalid Al-Azhary mula belajar dalam keadaan buta huruf dan tidak tahu membaca. Pada mula belajar abjad-abjad, Ash-Shaykh ketika itu sudah pun berumur 36 tahun.

🔮Kesungguhan dan kerajinan beliau dalam menuntut ilmu, walaupun dalam usia yang sudah sedikit terlewat, telah menjadikan Ash-Shaykh sepertimana yang dikenali oleh para ulama’ disini yang menggelarkan beliau sebagai “Sibawaih pada zamannya”.

🔮Tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu dan tiada pengakhirannya, daripada buaian sehinggalah ke liang lahad.

رحمه الله تعالى..💚


Disediakan oleh,

Unit Penerbitan & Pengumpulan Maklumat
Biro/Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah
Badan Kebajikan Mahsiswa/i Islam Pahang Sesi 2015/2016
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.