Jul 16, 2016

 

I-DEIL'16 (INDAHNYA RAYA DI LEMBAHAN NIL)


12 Julai 2016 - KAHERAH : Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi merayakan Syawal bersama warga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang di Mesir.
Rumah Terbuka Aidilfitri ini, telah berlangsung pada 9 Julai 2016 bertempat di Wisma MUIP, Hayyu Sabie dan telah bermula pada jam 10.00 Pagi sehingga jam 4.30 petang. Majlis dimulakan dengn Muhd Razali Esa(Ucapan Pengarah i-Deil '16), Ustaz Amir Nordin Bin A.Rahim (Yang Di-Pertua BKMIP sesi 2015/2016), seterusnya dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Annam Bin Yazid (Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang).
Para tetamu disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan juadah yang menyelerakan
Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), komuniti i-Deil '16 serta seluruh ahli BKMIP yang turut membantu dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tidak dilupakan kepada seluruh penyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan i-Deil '16 pada kali ini.
Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang dan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga lebaran ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita.
"Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.