About

Photobucket

Sep 21, 2016

SAMBUTAN EIDUL-ADHA (SAEID'16)


Isnin 13 September 2016 – Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang (BKMIP) sesi 2015/2016 dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Sambutan Eidul-Adha (SAEID) bertemakan Hargai Pengorbanan, Jiwai Keikhlasan.
Sudah sekian lama Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang tidak mengadakan program di Rumah Pahang Lama (RPL), buat julung kalinya tahun ini BKMIP mengadakan ibadah korban dan aktiviti melapah di RPL, Abbas El-Akkad semalam.

Seterusnya, Sambutan Eidul-Adha peringkat BKMIP diteruskankan lagi dengan Majlis Sambutan Eidul-Adha yang bertempat di Dewan Masjid Salam, Hayyu Asyir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Saudara Ahmad Bilal Imaduddin Bin Mohd Saudi, kemudian bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Saudara Muhammad Rafiuddin Bin Sabaruddin.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Sambutan Eidul-Adha (SAEID), Saudara Muhammad Huzaifah Bin Othman dan wakil Yang Di-Pertua BKMIP, Saudara Muhammad Firdaus Bin Kamaruzzaman.

Pengarah SAEID berkata dalam ucapanya, “ Hikmah Pensyariatan kebanyakan Ibadah dalam Islam adalah bertujuan untuk mempertemukan sesama orang Islam. Allah mempertemukan orang-orang islam dalam sehari dengan Solat berjemaah, mempertemukan dalam seminggu dengan Solat Jumaat, mempertemukan dalam setahun dengan skop yang lebih besar di peringkat global iaitu dengan pensyariatan ibadah Haji. Mudah-mudahan, dengan pertemuan ini hati kita akan tertaut antara satu sama lain.”

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Ustaz Khairul Annam Bin Yazid, dan Delegasi MUIP daripada Malaysia, YH. Dato' Ahmad Hairi Bin Hj. Osman, Haji Mohd Zaki Bin Taib, Encik Khairul Adilin Bin Bakri.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan antaranya Cabutan Bertuah, Persembahan Nasyid daripada Syabab Makmur, Pertandingan Kuiz, Jamuan Raya, dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Hashtag Menarik.

Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang sesi 2015/2016 mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh Komuniti Pelaksana Program SAEID yang bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan, Ahli BKMIP khususnya dan seluruh anak-anak Pahang di bumi Mesir amnya.

Semoga dengan keberlangsungan program SAEID ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita sepertimana pembawakan Pengarah SAEID, iaitu Tarbiah, Ukhuwah dan Kesatuan.
Jazakumullahu Khairan Jaza’.

“ Hargai Pengorbanan, Jiwai Keikhlasan ”
“ Ukhuwah Disemat Islam Dimartabat ”
“ Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ”


































No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...