Dec 19, 2016

 

[ SARANAN HISBAH BKMIP ]

[ SARANAN HISBAH BKMIP ]


Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ini,pelbagai laporan HISBAH bagi ahli BKMIP telah diterima mengenai terdapat pelajar akhawat
yang keluar malam tanpa mushrif atau keluar malam tanpa sebab yang munasabah akhir-akhir ini.

Justeru itu,HISBAH Cawangan Pahang memperingatkan kepada akhawat keseluruhannya supaya menjaga keselamatan anda semua dan bersegera untuk pulang ke rumah sebelum Maghrib.

Berikut adalah Etika Larangan Keluar Malam bagi akhawat :

1) Mahasiswi hendaklah berada di rumah sebelum masuk waktu Maghrib.

2) Mahasiswi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam kecuali jika mempunyai urusan penting sahaja.

3) Sebarang urusan penting untuk keluar pada waktu malam hendaklah menggunakan perkhidmatan mushrif yang disediakan.

HISBAH telah membuat kajian peratusan besar keluar malam adalah disebabkan faktor :

Antaranya :

1) Membeli belah sempena untuk pulang ke tanah air.

2) Bersiar-siar bersama rakan.

3) Rehlah dan Jaulah.

Cadangan HISBAH  :-

1) Keluar awal selepas zohor atau asar.

2) Mesti berada di rumah sebelum Maghrib.

3) Sekiranya melepasi waktu Maghrib sila hubungi mushrif yang berkaitan.

Nasihat HISBAH :

1) Jagalah keselamatan dan maruah anda semua.Ingatlah selalu kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku kepada pelajar Malaysia.

2) Berjalan biarlah berkumpulan.

3) DILARANG keluar malam terutamanya pergi ke CARREFOUR,CITY STAR, ATTABAH, HUSIN, IKEA dan lain-lain di waktu malam.

4) DILARANG berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

5) Memaklumkan kepada Musyrifah atau Pimpinan sekiranya keluar pada waktu malam.

 Tindakan TEGAS akan diambil oleh HISBAH sekiranya berlaku kesalahan seperti yang dimaklumi.



"ILMUAN BERIMAN TUNJANG INTEGRASI UMMAH"

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"


Disediakan Oleh :-
FAHMI BIN ABU KASIM
Ketua Unit Hisbah,
Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2016/2017.


#BERSAMABERSATU





Share:

Dec 9, 2016

 

SUKAN MAHABBAH USMB MAHASISIWI

6 November 2016-Kaherah,telah berlangsung sukan mahabbah peringkat mahasisiwi baru anjuran Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB)16 Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang(BKMIP) sesi 2016/2017.Program berlangsung pada hari Sabtu bertempat di Hadiqah al-Azhar.Seramai 28 mahasiswi baru telah menyertai sukan ini.

Antara matlamat sukan ini adalah untuk meribat ukhuwah dalam kalangan mahasiswi,menggalakkan mahasiswi untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan selain menghidupkan sunnah dalam kalangan mahasiswi.

Sukan dimulakan dengan pendaftaran di surau Wisma MUIP dan seterusnya bergerak ke Hadiqah al-Azhar.Seterusnya acara berlangsung dengan taklimat dan pembahagian 4 buah kumpulan.Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah permainan balingan manja,give and take,pandangan pertama,kenal maka bercintalah dan tiup kasih sayang.Program berakhir dengan acara bebas di Hadiqah al-Azhar.

Semoga dengan adanya program sebegini dapat melahirkan mahasiswi yang cergas dan bergerak aktif dalam melaksanakan gerak kerja Islam disamping dapat mengukuhkan tautan ukhuwah.


"نهج حماسة الشباب"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"




Share: