Dec 26, 2017

SEUNTAI KASIH MENJALIN UKHUWAH


Ucapan terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Shahir bin Zulkarnain, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan komuniti mahasiswa Tanta di atas kesudian menerima kunjungan mesra dari wakil pihak kami saudara Amir Nordin bin A.Rahim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM). Turut bersama saudara Muhammad Nur 'Ariff bin Rosli, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta.

DPMT merupakan taakhi zon D bagi BKMIP, BKASM dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang telah diselaraskan oleh PMRAM satu masa dahulu. Namun perkara ini masih diteruskan oleh peringkat kepimpinan bertepatan dengan usul yang disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Firman Allah Taala:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Surah Ali Imran: 103)

Konsep taakhi adalah sebuah sistem yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dalam pentadbiran baginda menguruskan Madinah Al-Munawarah. Antara kesan tindakan ini, dapat memupuk sebuah komuniti masyarakat yang saling membantu di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan yang sangat tinggi. Perkara ini boleh diteladani dari sifat kaum Aus dan Khazraj selepas baginda menerapkan konsep 'taakhi'  kepada mereka.

Semoga legasi taakhi  yang diterapkan antara persatuan ini dapat menatijahkan manfaat yang sangat baik kepada mahasiswa mahasiswi yang menununtut ilmu di perlembahan Nil ini.

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#Setiabersamataakhi

AMIR NORDIN BIN A.RAHIM
Yang Dipertua BKMIP
Sesi 2017/2018

Dec 21, 2017

Kebersamaan Kita



Kaherah - Alhamdulillah, Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah turut serta dalam menjayakan bazar Melaka Old Town yang diadakan pada 15,16 & 18 November 2017 yang bertempat di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Penyertaan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim bersama BKAN Ta'akhi. Disamping itu, dapat menjana ekonomi serta melatih ahli dalam bidang perniagaan.

Selain daripada itu, Unit Perancang Ta'akhi zon D juga telah mengadakan Iftor Mahabbah dan Ziarah bersama pimpinan daripada Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP), Badan Kebajikan Anak Selagor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta (DPMT) pada 7 Disember 2017 bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara 3 (ikhwah) dan Surau Kompleks Indera Mahkota (akhawat). Objektif perlaksanaan adalah untuk saling berkenalan dan mengeratkan ukhuwah serta dapat bertukar idea dan pandangan sesama pimpinan.

Dua aktiviti yang dijalankan ini merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan usul BKMIP yang disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini.

Semoga kesatuan ini terus dipelihara dan dikurniakan keredhaan oleh ALLAH di dunia dan juga di akhirat.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

#BKMIPKeluargaKita

MOHD HARIZ BIN AZIMI
Timbalan Yang Di-Pertua
BKMIP sesi 2017/2018

[ CONTACT US ]




Setiap manusia mempunyai idea dan cadangan yang pelbagai. Perkasakan BKMIP dengan idea, cadangan dan sumber tenaga dari anda kepada pimpinan melalui ruangan “Contact Us”,




Twitter@BKMIPMesir


Dec 20, 2017

[ WALLPAPER | USUL & PEMBAWAAN BKMIP sesi 2017/2018 ]


[WALLPAPER | USUL & PEMBAWAAN BKMIP sesi 2017/2018]

Pernah suatu ketika di saat Rasulullah SAW dan para sahabat ingin membangun masjid setelah hijrah, maka para sahabat membawa kayu dan batu di atas bahu mereka sambil mendendangkan syair:

اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة
فاغفر للأنصار والمهاجرة

Ya Allah tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat, Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.

Lalu semangat mereka semakin berkobar-kobar ketika mereka terlihat Rasulullah begitu aktif dan turut turun padang bekerja bersama mereka, lantas mereka berdendang lagi:

لئن قعدنا والرسول يعمل
لذاك منا العمل المضلل

Jika kita duduk sedangkan Rasulullah bekerja, itu sungguh perbuatan kita yang menyesatkan.

Maka, seiring dengan usul yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-53 dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) kali ke-49 serta pembawaan BKMIP bagi sesi kali ini yang berbunyi:

Usul BKMIP sesi 2017/2018:

“BKMIP KELUARGA KITA”

1) Menolak anasir-anasir perpecahan.
2) Menolak sifat-sifat assobiah mahupun ananiyah dalam diri kalangan ahli BKMIP.
3) Membentuk generasi rabbani.
4) Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
5) Mengeratkan hubungan dengan BKAN TAAKHI.

Pembawaan BKMIP 2017/2018:

1) KEBAJIKAN
• Memelihara kebajikan ahli dengan memperkasakan medium sedia ada.

2) THAQAFAH
• Memantapkan penguasaan bahasa arab dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli melalui kepelbagaian medium.

3) UKHUWAH
• Memupuk ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli dan sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim dengan negeri lain.

4) TARBIAH DAN KEROANIAN
• Memperkasakan Unit Biah Solehah dan Unit Hisbah serta sedaya upaya melahirkan kader dakwah yang kompeten.

Dengan ini, diharapkan agar dapat kita bersama-sama menjayakan usul serta pembawaan kali ini. Semoga dengan usaha murni yang akan dikerahkan oleh semua pihak ini untuk menjaga biah, ukhuwah dan beberapa aspek penting yang lain, Allah terus memelihara kesatuan kita serta Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain di bumi Mesir ini.

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKMIPKeluargaKita
#BersamaBersatu

Dec 17, 2017

[ STRUKTUR ORGANISASI BKMIP sesi 2017/2018 ]


[ STRUKTUR ORGANISASI BKMIP sesi 2017/2018 ]

يَأَيُّهَا النَّاسُ! إِنِّي قَدْ وُلِّيْتُ عَلَيكُمْ وَلَسْتُ بِخَيرِكُمْ، فَإِنْ ضَعُفْتُ فَقَوِّمُونِي، وَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِينُونِي، الصِّدْقُ أَمَانَةٌ، وَالكَذِبُ خِيَانَةٌ.

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku bersalah, betulkanlah aku kembali. Namun, jika aku berbuat kebaikan, sokonglah aku. Kejujuran ialah amanah, kedustaan pula satu khianat."
(Saidina Abu Bakar as-Siddiq)

Berdasarkan kalam Saidina Abu Bakar, dapat difahami bahawasanya pimpinan yang ada bukanlah maksum. Mereka juga pernah melakukan kesilapan. Namun, dengan adanya ahli yang sentiasa menyokong dan mendokong, maka kerja-kerja kebajikan, dakwah dan pelbagai lagi akan berjalan dengan lebih baik.

Demikian adalah Struktur Organisasi Jawatankuasa Tertinggi (JKT) & Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)  BKMIP bagi sesi 2017/2018.

Semoga segala urusan berkaitan berjalan dengan  baik dan juga Allah mempermudahkan urusan kepimpinan baru dalam mengemudi bahtera BKMIP. Sirru a'la barakatillah.

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKMIPKeluargaKita

Dec 11, 2017

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]


[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden Amerika Syarikat iaitu, Donald Trump, terhadap bumi suci al-Quds sebagai ibu negara Israel. Tragedi ini merupakan satu ujian yang besar kepada orang yang beriman.

Rampasan secara tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia kepada rakyat Palestin ini perlu disedari oleh semua umat Islam. Tindakan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat ini adalah satu tindakan diktator yang turut ditohmah oleh sebahagian negara-negara besar sama ada negara Islam atau sebaliknya.

Ketahuilah, sejarah kesucian bumi Palestin ini antaranya ialah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat berlakunya pelbagai peristiwa khususnya peristiwa mukjizat Nabi Muhammad SAW ketika berlakunya Isra' dan Mikraj.

Oleh yang demikian, barisan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri dengan ini menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi al-Azhar khususnya dan semua umat Islam amnya agar mengecam tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Justeru, antara tindakan yang perlu dilakukan sebagai orang yang mengecam akan kezaliman ini adalah :

1. Mengetahui dan mengkaji sirah dan sejarah punca berlakunya kejatuhan tanah suci ini dan bagaimana cara untuk mengembalikannya semula.

2. Memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dan berdoa agar bumi Palestin ini dapat dibebaskan semula oleh umat Islam.

3. Melaksanakan solat fardu Subuh secara berjemaah dan disusuli dengan bacaan Qunut Nazilah.


" Belajar dan Beramal "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "

#BKMIP Keluarga Kita

Dec 7, 2017

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1 ]



KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I ISLAM PAHANG FASA 1

Sesi pengajian fasa pertama bagi 2017/2018 kini berada di dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/i sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, BKMIP telah memutuskan tarikh 17 Rabiul Awal 1439 bersamaan 6 Disember 2017 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKMIP dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/i dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Oleh yang demikian, mahasiswa/i perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada dan dapat mengoptimumkan serta memberikan sepenuh fokus pada segala usaha bagi memperolehi kejayaan.

Akhirnya,peringkat BKMIP juga mendoakan agar semua mahasiswa/i meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya berbakti kepada ummah.

“BKMIP Keluarga Kita”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

MOHD HARIZ BIN AZIMI
TIMBALAN YANG DI-PERTUA
BKMIP SESI 2017/2018

#BERSAMABERSATU

Sep 19, 2017

[ KUNJUNG HORMAT KEPIMPINAN BKMIP KE PEGAWAI ATASE PAHANG ]


KAHERAH | 17 SEPT 2017 , Barisan Kepimpinan JKT/HEWI Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2016/2017 telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Pegawai Atase Pendidikan (Pahang) yang baru iaitu Ustaz Syukri Fahmi Bin Bahari untuk kali yang pertama. Pertemuan tersebut telah diadakan di Maktabah Kompleks Indera Mahkota, Hayyu Asyir.

Pertemuan tersebut dimulai dengan Ucapan Yang di-Pertua BKMIP sesi 16/17 Ustaz Syed Muhammad Hazimuddin bin Seyd Hamid selaku pengerusi majlis, kemudian Ucapan Pegawai Atase Ustaz Syukri Fahmi dan Pengenalan diri daripada JKT/HEWI BKMIP sesi 2016/2017.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan secara langsung dapat membincangkan permasalahan yang berkaitan antaranya isu keselamatan di Mesir.

Majlis diakhir dengan Penyampaian Cenderahati daripada YDP BKMIP sesi 2016/2017 yang disampaikan oleh Ustaz Syed Muhammad Hazimuddin Bin Seyd Hamid kepada Pegawai Atase Pendidikan (Pahang) dan jamuan ringan. Semoga dengan adanya pertemuan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kesatuan BKMIP di Mesir dengan Pegawai Atase Pendidikan (Pahang).

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#Bersamabersatu














[ KUNJUNGAN MAHABBAH WAKIL BKMPJ KE BKMIP ]

ISNIN, 4 Sept 2017: Wakil BKMPJ iaitu Timbalan Yang di-Pertua 2 BKMPJ sesi 2016/2017, Nur Hanna binti Halim Musa telah membuat kunjungan mahabbah ke Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) di Mesir.

Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah mencipta sejarah bagi kedua-dua badan kebajikan mahasiswa/i Pahang di luar negara bagi tujuan menjalinkan ukhuwwah antara dua persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Jordan dan Mesir. 

Pelbagai perkongsian yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut. Antaranya isu kebajikan anak-anak Pahang  permasalahan di kedua-dua negara serta bertukar-tukar pendapat dan kalam motivasi. Semoga dengan pertemuan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah antara anak-anak Pahang di timur tengah amnya dan khususnya BKMIP dengan BKMPJ.
 
"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BERSAMABERSATU




Sep 10, 2017

[ HAFLAH MERDEKA DAN RAYA AIDIL ADHA | HAMRA'17 ]


[  HAMRA '17 ]

KAHERAH | Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan satu program 'Haflah Merdeka dan Raya Adha' bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidil Adha. Program tersebut telah menggariskan beberapa objektif penting diantaranya ialah menghayati sirah pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s, memupuk semangat kemerdekaan mengikut neraca Islam, merapatkan ukhuwah dikalangan anak - anak Pahang dan menanamkan nilai - nilai murni dalam diri mahasiswa.

Program yang diberi nama HAMRA '17 tersebut telah berlangsung selama beberapa hari bermula pada 25 Ogos 2017 dengan penyertaan daripada ahli BKMIP dalam dua pertandingan yang telah dianjurkan. Diantara pertandingan yang dianjurkan tersebut ialah pertandingan mencipta wallpaper dan pertandingan penulisan sempena kemerdekaan.

Pada 1 September 2017, telah berlangsungnya aktiviti penyembelihan dan melapah daging korban. Acara tersebut bermula pada tengah hari sejurus selepas menunaikan solat jumaat dan telah berakhir pada jam 9 malam. Seramai kira - kira 100 orang ahli BKMIP dan anak - anak Pahang turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti menyembelih dan melapah tersebut. Aktiviti tersebut telah berakhir dengan agihan daging korban dan jamuan ringan untuk para hadirin.

Pada 3 September 2017, telah berlangsungnya Rumah Terbuka Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha. Rumah terbuka pada kali ini telah dihadiri seramai kira - kira 200 orang ahli dan anak - anak Pahang. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 4 petang. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang rumah terbuka tersebut berlangsung diantaranya putaran lagu nasyid oleh DJ, kuiz dan teka - teki dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan penulisan dan wallpaper.

Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktivit HAMRA '17 yang telah direncanakan ini. Semoga program yang telah diadakan ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama mahasiswa/i  dan akan terus kuat bagi menjamin kebajikan disamping menambahkan thaqafah.

"Kemerdekaan Disyukuri, Pengorbanan Dihayati"

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU
#HAMRA'17