Jan 27, 2017

 

FUTSAL KEJOHANAN PIALA YANG DI-PERTUA BKKIMM

16 November 2016  telah berlangsungnya piala Yang di-Pertua BKKIMM sempena 40 tahun bersamamu BKKIMM bertempat di Nadi Shabab yang telah turut serta Bkan Taakhi dalam pertandingan tersebut iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) dan Badan kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang( BKMIP).

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan futsal Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang (BKMIP) yang mewakili kejohanan Futsal Piala Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) di atas kejayaan merangkul johan dalam kejohanan tersebut. Dengan ini BKMIP mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli yang turut serta dalam piala tersebut sekali gus menyumbang piala buat BKMIP.

Terima kasih kepada Bkan Taakhi BKKIMM kerana sudi menjemput kami dalam menyertai piala YDP ini. 

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi contoh dan semangat buat mereka yang lain agar sama-sama turut menyertainya pada masa akan datang.

Terima kasih,

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
#BersamaBersatu










Share:

Jan 25, 2017

 

UCAPTAMA YDP & TAARUF PIMPINAN SESI 2016/2017

15 November 2016 telah berlangsungnya ucaptama YDP & sesi taaruf pimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang (BKMIP) sesi 2016/2017.

 Antara tujuan diadakan adalah untuk memperkenalkan pimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam sesi 2016/2017.Seterusnya adalah untuk memperdengarkan ucaptama YDP sesi ini dan pembawaan Yang di-Pertua BKMIP kali ini iaitu bercirikan  THAQAFAH , DAKWAH , UKHUWAH dan KEBAJIKAN. Di samping itu,tidak lain tidak bukan adalah untuk merapatkan ukhuwah ahli dan pimpinan itu sendiri.

Seterusnya Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang (BKMIP) sesi 2016/2017 turut merasmikan 4 unit bawah Biro/Unit Dakwah BKMIP iaitu Unit Hisbah , Unit Biah Solehah , Unit Bait Muslim dan Jabatan Fasilitator Pahang (JNP).

 Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli yang turut sama hadir dalam majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringkas.

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
#BersamaBersatu





















Share:
 

ZIARAH AHLI

13 November 2016 Telah diadakan ziarah dan pemberian sumbangan kebajikan kepada Ustazah Fauziah bt Abd Rahman yang akan pulang ke Malaysia kerana faktor kesihatan.
Seluruh BKMIP mendoakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan ketika keberadaannya di Malaysia dan diberi kesembuhan yang berpanjangan.

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BersamaBersatu

Share:
 

PEMANGKUAN JAWATAN


[ MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN ]

Pemangkuan Jawatan
Jawatankuasa Tertinggi
Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang.


 Ustaz Muhamad Al-Faqquruddin bin Md Yusof Timbalan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2016/2017 dipangku oleh Ustaz Muhammad Razali bin Md Esa Setiausaha Agung BKMIP sesi 2016/2017.

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
#BersamaBersatu
Share:
 

FUTSAL BERSAMA YANG DIPERTUA BKMIP SESI 2016/2017

9 November 2016 telah berlangsungnya futsal bersama Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i islam pahang (BKMIP) di bawah anjuran Biro Kesenian Kebudayaan Dan Sukan. Futsal itu bermula jam 7.00 malam hingga 11.00 malam bertempat di WAFA EL- AMAL.

Antara tujuannya adalah untuk memperkenalkan YDP BKMIP sesi ini dan sekali gus unutk merapatkan ukhuwah ahli dan pimpinan bersama menjayakan pembawaan YDP pada kali ini iaitu THAQAFAH, DAKWAH, UKHUWAH, KEBAJIKAN.

Alhamdulillah futsal di bawah anjuran Biro Kebudayaan Kesenian dan Sukan ini telah mendapat sambutan yang menghangatkan dari kalangan ahli.Terima kasih kepada semua yang menjayakan.

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BersamaBersatu









Share:
 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKMIP KALI KE 51 HEWI KALI KE 25



22 Oktober 2016 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKMIP kali 51 dan Hewi kali ke 25.Ianya telah berlangsung selama satu hari bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

Antara tujuan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan adalah sebagai medan bagi ahli-ahli melontarkan cadangan dan pandangan serta muhasabah untuk penambahbaikan BKMIP itu sendiri bagi kelangsungan yang lebih baik pada sesi akan datang.

Seterusnya juga sebagai tempat untuk berkumpulnya ahli -ahli dari muhafazah mahupun yang tinggal di sekitar kaherah.

Moga dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli pahang khususnya.

Terima kasih.

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "





















































#bersamabersatu

Share: