Jan 27, 2017

 

FUTSAL KEJOHANAN PIALA YANG DI-PERTUA BKKIMM

16 November 2016  telah berlangsungnya piala Yang di-Pertua BKKIMM sempena 40 tahun bersamamu BKKIMM bertempat di Nadi Shabab yang telah turut serta Bkan Taakhi dalam pertandingan tersebut iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) dan Badan kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang( BKMIP).

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan futsal Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang (BKMIP) yang mewakili kejohanan Futsal Piala Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) di atas kejayaan merangkul johan dalam kejohanan tersebut. Dengan ini BKMIP mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli yang turut serta dalam piala tersebut sekali gus menyumbang piala buat BKMIP.

Terima kasih kepada Bkan Taakhi BKKIMM kerana sudi menjemput kami dalam menyertai piala YDP ini. 

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi contoh dan semangat buat mereka yang lain agar sama-sama turut menyertainya pada masa akan datang.

Terima kasih,

" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
#BersamaBersatu










Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.