Jul 31, 2017

 

[ BAKTI SISWA'17 SIRI 2 ]

[BAKTI SISWA]

AHAD 30 Julai 2017 | Telah berlangsung satu lagi Program Bakti Siswa yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang di Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah, Temerloh.
Antara aktiviti yang berlangsung, ice-breaking dan perkongsian motivasi kecemerlangan oleh Dr Wan Farah Afifah bt Wan Nasruddin. Moga dengan adanya program seperti ini dapat memberi input & output yang terbaik serta memberi semangat dan dorongan buat adik-adik ini.








" Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah "
" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "

#BERSAMABERSATU


















Share:

Jul 28, 2017

 

[ BAKTI SISWA 17 ]

Selasa, 26/7/2017satu Program Bakti Siswa yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah berjaya dijalankan.Pada kali ini Sekolah Menengah Agama Al-Hasanah, Keratong Rompin menjadi sekolah pilihan untuk program ini dilaksanakan. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seramai 256 orang pelajar. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Ijtima' Nuqaba' dan Motivasi Kecemerlangan.

Semoga pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada hasil usaha kecil ini. Sekalung perhargaan juga diucapkan kepada pihak SMA Al-Hasanah kerana memberi kesempatan yang amat berharga ini.

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU











Share:

Jul 9, 2017

 

KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ

[ KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ ]

Sabtu, 8 Julai 2017: Wakil BKMIP iaitu Timbalan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2016/2017, Ustaz Muhamad Al-Faqquruddin Bin Md Yusof telah membuat kunjungan mahabbah ke Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Pahang Jordan (BKMPJ) di Jordan. Sesampainya di sana telah disambut mesra oleh wakil BKMPJ Timbalan Yang Di-Pertua I, Ustaz Mohd Aiman Arif Bin Zulkifli bersama pimpinannya.

Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah mencipta sejarah bagi kedua-dua badan kebajikan mahasiswa/i Pahang di luar negara bagi tujuan menjalinkan ukhuwwah antara dua persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Jordan dan Mesir.

Pelbagai perkongsian yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut. Antaranya isu kebajikan anak-anak Pahang di kedua-dua negara. Semoga dengan pertemuan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah antara anak-anak Pahang di timur tengah amnya dan khususnya BKMIP dengan BKMPJ.


"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU





Share:

Jul 4, 2017

 

[ FUTSAL RAYA KENGKAWAN KOI | FREE KICK ]

[FUTSAL RAYA KENGKAWAN KOI | FREE KICK]

Jumaat, 30Jun 2017 | Alhamdulillah, Futsal Raya Kengkawan Koi (FREE KICK) di bawah seliaan Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan peringkat Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2016/2017 telah berlangsung di padang futsal Wafa El Amal. Lebih kurang enam team futsal yang dibentuk  terdiri daripada mahasiswa baru dan mahasiswa lama.

Antara objektif FREE KICK ialah :-

1-Membina ukhuwwah antara anak-anak Pahang di bumi Mesir.
2-Selain itu, meraikan suasana Aidilfitri di perantauan.

Program ini di akhiri dengan ucapan Aidilfitri Yang Di-Pertua BKMIP sesi 2016/2017 iaitu Ustaz Syed Muhammad Hazimuddin Bin Seyd Hamid.
Moga-moga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengikat ukhuwwah dalam  kalangan anak-anak Pahang di bumi Mesir agar terus terjalin.


"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU

























Share: