Jul 9, 2017

KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ

[ KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ ]

Sabtu, 8 Julai 2017: Wakil BKMIP iaitu Timbalan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2016/2017, Ustaz Muhamad Al-Faqquruddin Bin Md Yusof telah membuat kunjungan mahabbah ke Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Pahang Jordan (BKMPJ) di Jordan. Sesampainya di sana telah disambut mesra oleh wakil BKMPJ Timbalan Yang Di-Pertua I, Ustaz Mohd Aiman Arif Bin Zulkifli bersama pimpinannya.

Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah mencipta sejarah bagi kedua-dua badan kebajikan mahasiswa/i Pahang di luar negara bagi tujuan menjalinkan ukhuwwah antara dua persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Jordan dan Mesir.

Pelbagai perkongsian yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut. Antaranya isu kebajikan anak-anak Pahang di kedua-dua negara. Semoga dengan pertemuan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah antara anak-anak Pahang di timur tengah amnya dan khususnya BKMIP dengan BKMPJ.


"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU





No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita