Sep 10, 2017

 

[ HAFLAH MERDEKA DAN RAYA AIDIL ADHA | HAMRA'17 ]


[  HAMRA '17 ]

KAHERAH | Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan satu program 'Haflah Merdeka dan Raya Adha' bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidil Adha. Program tersebut telah menggariskan beberapa objektif penting diantaranya ialah menghayati sirah pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s, memupuk semangat kemerdekaan mengikut neraca Islam, merapatkan ukhuwah dikalangan anak - anak Pahang dan menanamkan nilai - nilai murni dalam diri mahasiswa.

Program yang diberi nama HAMRA '17 tersebut telah berlangsung selama beberapa hari bermula pada 25 Ogos 2017 dengan penyertaan daripada ahli BKMIP dalam dua pertandingan yang telah dianjurkan. Diantara pertandingan yang dianjurkan tersebut ialah pertandingan mencipta wallpaper dan pertandingan penulisan sempena kemerdekaan.

Pada 1 September 2017, telah berlangsungnya aktiviti penyembelihan dan melapah daging korban. Acara tersebut bermula pada tengah hari sejurus selepas menunaikan solat jumaat dan telah berakhir pada jam 9 malam. Seramai kira - kira 100 orang ahli BKMIP dan anak - anak Pahang turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti menyembelih dan melapah tersebut. Aktiviti tersebut telah berakhir dengan agihan daging korban dan jamuan ringan untuk para hadirin.

Pada 3 September 2017, telah berlangsungnya Rumah Terbuka Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha. Rumah terbuka pada kali ini telah dihadiri seramai kira - kira 200 orang ahli dan anak - anak Pahang. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 4 petang. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang rumah terbuka tersebut berlangsung diantaranya putaran lagu nasyid oleh DJ, kuiz dan teka - teki dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan penulisan dan wallpaper.

Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan aktivit HAMRA '17 yang telah direncanakan ini. Semoga program yang telah diadakan ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama mahasiswa/i  dan akan terus kuat bagi menjamin kebajikan disamping menambahkan thaqafah.

"Kemerdekaan Disyukuri, Pengorbanan Dihayati"

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU
#HAMRA'17
























































Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.