Dec 21, 2017

Kebersamaan Kita



Kaherah - Alhamdulillah, Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah turut serta dalam menjayakan bazar Melaka Old Town yang diadakan pada 15,16 & 18 November 2017 yang bertempat di Masjid Salam, Hayyu Asyir. Penyertaan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim bersama BKAN Ta'akhi. Disamping itu, dapat menjana ekonomi serta melatih ahli dalam bidang perniagaan.

Selain daripada itu, Unit Perancang Ta'akhi zon D juga telah mengadakan Iftor Mahabbah dan Ziarah bersama pimpinan daripada Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP), Badan Kebajikan Anak Selagor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta (DPMT) pada 7 Disember 2017 bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara 3 (ikhwah) dan Surau Kompleks Indera Mahkota (akhawat). Objektif perlaksanaan adalah untuk saling berkenalan dan mengeratkan ukhuwah serta dapat bertukar idea dan pandangan sesama pimpinan.

Dua aktiviti yang dijalankan ini merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan usul BKMIP yang disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini.

Semoga kesatuan ini terus dipelihara dan dikurniakan keredhaan oleh ALLAH di dunia dan juga di akhirat.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

#BKMIPKeluargaKita

MOHD HARIZ BIN AZIMI
Timbalan Yang Di-Pertua
BKMIP sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita