Dec 26, 2017

SEUNTAI KASIH MENJALIN UKHUWAH


Ucapan terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Shahir bin Zulkarnain, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan komuniti mahasiswa Tanta di atas kesudian menerima kunjungan mesra dari wakil pihak kami saudara Amir Nordin bin A.Rahim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM). Turut bersama saudara Muhammad Nur 'Ariff bin Rosli, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta.

DPMT merupakan taakhi zon D bagi BKMIP, BKASM dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang telah diselaraskan oleh PMRAM satu masa dahulu. Namun perkara ini masih diteruskan oleh peringkat kepimpinan bertepatan dengan usul yang disepakati dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Firman Allah Taala:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Surah Ali Imran: 103)

Konsep taakhi adalah sebuah sistem yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dalam pentadbiran baginda menguruskan Madinah Al-Munawarah. Antara kesan tindakan ini, dapat memupuk sebuah komuniti masyarakat yang saling membantu di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan yang sangat tinggi. Perkara ini boleh diteladani dari sifat kaum Aus dan Khazraj selepas baginda menerapkan konsep 'taakhi'  kepada mereka.

Semoga legasi taakhi  yang diterapkan antara persatuan ini dapat menatijahkan manfaat yang sangat baik kepada mahasiswa mahasiswi yang menununtut ilmu di perlembahan Nil ini.

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#Setiabersamataakhi

AMIR NORDIN BIN A.RAHIM
Yang Dipertua BKMIP
Sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita