Dec 20, 2017

[ WALLPAPER | USUL & PEMBAWAAN BKMIP sesi 2017/2018 ]


[WALLPAPER | USUL & PEMBAWAAN BKMIP sesi 2017/2018]

Pernah suatu ketika di saat Rasulullah SAW dan para sahabat ingin membangun masjid setelah hijrah, maka para sahabat membawa kayu dan batu di atas bahu mereka sambil mendendangkan syair:

اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة
فاغفر للأنصار والمهاجرة

Ya Allah tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat, Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.

Lalu semangat mereka semakin berkobar-kobar ketika mereka terlihat Rasulullah begitu aktif dan turut turun padang bekerja bersama mereka, lantas mereka berdendang lagi:

لئن قعدنا والرسول يعمل
لذاك منا العمل المضلل

Jika kita duduk sedangkan Rasulullah bekerja, itu sungguh perbuatan kita yang menyesatkan.

Maka, seiring dengan usul yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-53 dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) kali ke-49 serta pembawaan BKMIP bagi sesi kali ini yang berbunyi:

Usul BKMIP sesi 2017/2018:

“BKMIP KELUARGA KITA”

1) Menolak anasir-anasir perpecahan.
2) Menolak sifat-sifat assobiah mahupun ananiyah dalam diri kalangan ahli BKMIP.
3) Membentuk generasi rabbani.
4) Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
5) Mengeratkan hubungan dengan BKAN TAAKHI.

Pembawaan BKMIP 2017/2018:

1) KEBAJIKAN
• Memelihara kebajikan ahli dengan memperkasakan medium sedia ada.

2) THAQAFAH
• Memantapkan penguasaan bahasa arab dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli melalui kepelbagaian medium.

3) UKHUWAH
• Memupuk ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli dan sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim dengan negeri lain.

4) TARBIAH DAN KEROANIAN
• Memperkasakan Unit Biah Solehah dan Unit Hisbah serta sedaya upaya melahirkan kader dakwah yang kompeten.

Dengan ini, diharapkan agar dapat kita bersama-sama menjayakan usul serta pembawaan kali ini. Semoga dengan usaha murni yang akan dikerahkan oleh semua pihak ini untuk menjaga biah, ukhuwah dan beberapa aspek penting yang lain, Allah terus memelihara kesatuan kita serta Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain di bumi Mesir ini.

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKMIPKeluargaKita
#BersamaBersatu

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita