Jan 27, 2018

PAHANG SUPER CUP 2018


[ PAHANG SUPER CUP 2018 ]

KAHERAH | Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang telah mengadakan satu program di bawah kelolaan Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan yang dinamakan Futsal Pahang Super Cup 2018. Kejohanan ini diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Nadi Syabab, Musallas Hayyu Asyir.

Kejohanan futsal ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah diantara anak-anak Pahang di Mesir serta memupuk budaya hidup yang sihat seperti pepatah arab “Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat”. Kejohanan futsal ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan wakil dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Taakhi Zon D iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Sebanyak 12 pasukan yang bertanding pada kejohanan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Seterusnya 4 pasukan yang teratas daripada setiap kumpulan telah layak ke peringkat suku akhir. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Selangor bertemu pasukan Lada FC yang diakhiri dengan kemenangan yang berpihak kepada pasukan Selangor.

Sepanjang berlangsungnya kejohanan ini, pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan iaitu cabutan bertuah, gerai jualan dan kuiz bersempena dengan Piala Dunia yang akan datang.

Jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan BKMIP sesi 2017/2018 serta seluruh ahli BKMIP dan BKAN Taakhi Zon D kerana dapat menjayakan kejohanan Futsal Pahang Super Cup ini. Moga-moga dengan adanya kejohanan ini dapat merapatkan lagi ukhwah diantara seluruh mahasiswa Pahang di Mesir.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

#BKMIPKeluargaKita
#Bersamabersatu

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita