Feb 20, 2018

KALAM YDP SEMPENA HOGOH 18 [ Bazar Ghodong Koi ]

                                


بسم الله الرحمن الرحيم

BAZAR MEDAN INFAQ MAHASISWA


Bazar dan Mahasiswa

Penganjuran bazar kebiasaannya membuat kita terbayang pelbagai aneka juadah menarik yang akan dijual. Lebih menarik lagi, anjuran bazar di peringkat mahasiswa pastinya tidak mengecewakan dengan tawaran menu yang memikat selera pengunjung. Manakan tidak, setiap kali bazar pasti kita akan temui nama menu baru dan harga yang berpatutan.

Pasar Madinah

Antara perkara awal yang dilakukan oleh Rasulullah selepas berhijrah ke Madinah ialah mewujudkan sebuah pasar. Bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam dan menghentikan penindasan dan amalan riba yang berlaku. Selain itu baginda juga menggalakkan para sahabat untuk bersedekah dan saling membantu mengukuhkan ekonomi sesama mereka. Menyebabkan ramai dalam kalangan para sahabat berlumba-lumba untuk menginfaq harta mereka.

Ekonomi Islam

Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya disebabkan berniaga. Bahkan menggalakkan penglibatan dalam perniagaan dengan meletakkan 9/10 dari punca rezeki datang dari hasil perniagaan. Namun perkara yang perlu difahami ialah perlu kepada kita untuk saling membantu di antara satu sama lain. Dengan cara menginfaqkan sebahagian dari hasil keuntungan tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Firman Allah Taala:
"Dan hendaklah kamu saling membantu ke arah kebajikan dan ketaqwaan"
Surah Al-Maidah: Ayat 2

Kesimpulan

Konsep ini harus difahami semua orang Islam agar kita mempunyai sentimen yang tinggi dalam berurusniaga sesama muslim. Adapun dalam kontek bazar, kita akan lebih seronok untuk membeli juadah kerana kita yakin para peniaga juga akan menginfaqkan harta mereka membantu mereka yang memerlukan. Perut kenyang, hati pun senang.

Semoga penganjuran bazar kali ini dapat meringankan bebanan kewangan mahasiswa yang terlibat seterusnya dapat membantu sahabat-sahabat lain.
Wallahua'lam

Amir Nordin bin A.Rahim
Yang Dipertua BKMIP
Sesi 2017/2018

#HOGOH'18

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita