Jun 19, 2018

[ HANNAN ‘18 ]




KAHERAH | Pada 16 Jun 2018 bersamaan 2 Syawal 1439h Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Pahang telah mengadakan satu majlis untuk anak-anak Pahang di Mesir bersempena dengan hari raya Aidifitri yang diberi nama HANNAN ‘18.

HANNAN ‘18 yang diadakan di Kompleks Indera Mahkota, Hayyu Asyir telah dihadiri oleh anak-anak Pahang dari pelbagai bidang pengajian dari 11 pagi hingga 3 petang. Majlis juga dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah, tayangan video, teka emoji, kuiz Aidilfitri, ucapan dan permintaan lagu dari pengunjung. Tidak lupa juga dengan celoteh ‘deejay’ yang tidak kering gusi.

Ucapan terima kasih kepada dif-dif jemputan yang turut menyerikan majlis pada sebelah malam yang terdiri daripada TYT Mohd Haniff bin Abd Rahman, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir bersama pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) , Education Malaysia Egypt (EME) dan wakil persatuan pelajar di Mesir. Kehadiran ini mengungkapkan 1001 makna buat tuan rumah.

Semoga dengan penganjuran HANNAN ‘18 ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anak-anak Pahang.

“Tarbiah Dihayati, Kemenangan Dirasai”
“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”

#GengRayaMesir
#BKMIPKeluargaKita

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita